Wednesday, February 9, 2011

Tips Cemerlang Matematik

Sempena peperiksaan akhir yang semakin hampir, hari ni nak bagi tips cemerlang dalam peperiksaan Matematik.

Tips:

1. Yang paling utama adalah latihan. Ada yang panggil latih-tubi. Buat soalan banyak2 sambil perhatikan patern soalan tu. Biasanya lecturer buat soalan exam base dari buku rujukan jugak. Jadi pergilah library, cari latihan sebanyak mungkin. Dan buat ya...

2. Jumpa guru/lecturer untuk soalan yg tak dpt di buat. At least dah cuba sekali n tanya kawan. Jangan jumpa guru/lecturer ngan tangan kosong. Nanti korang yang kena smash balik.

3. Bila dah faham, cuba buat latihan dengan mencatat masa. Ini untuk praktis speed. tak guna dapat jawab soalan tapi ambik masa sampai sepuluh jam. Masa untuk menjawab biasanya 3 jam sahaja untuk 10 soalan.

4. Akhir sekali, setelah berusaha, maka berdoalah dan buat sembahyang hajat. Kita hanya mampu merancang dan berharap tapi hanya Allah yang menentukan,

Good luck untuk yang bakal menghadapi peperiksaan,

No comments: