Kali ini saya nak berkongsi tentang kursus yang saya ikuti pada minggu lepas di CPD, IIUM Gombak. Kursus tentang Qualitative Research Method. Saje je join kursus ni untuk tambah ilmu tentang research, almaklumlah IIUM kan towards research universiti. Penceramah berpengalaman iaitu Dr Nor Azlan dari Kuliyah IRKHS.
Hari pertama kami diperkenalkan tentang qualitative research. 2 teknik iaitu Phenomenology dan Ethnography diterangkan dgn panjang lebar. Yang menariknya Dr Nor Azlan banyak bercerita tentang pengalamannya di field work. Antaranya pengalaman dia di Johor melakukan research tentang perubatan di kampung. Pesan Dr Nor Azlan, untuk menjadi seorang qualitative researcher berjaya sesorang tu perlu punya i) PR yang bagus ii) peramah iii) sedikit busy body. Hehe... Sebelum pulang pada hari pertama kami dibawa ke 'Kelantan' ditontonkan dengan VCD tentang Main Peteri. Satu daripada traditional healing. Homework kami, perlu membuat fieldnote tentang VCD yang kami tonton itu.
Hari kedua, 2 lagi kaedah diterangkan: Case Study dan Grounded Theory. Kaedah ni lagi complicated. Terutamanya grounded theory. Dimana jika grounded theory digunakan seorang researcher perlu merumuskan theory berdasarkan data yang diperolehi.
Kelebihan qualitative data berbanding quantitative method:
1) Qualitative lebih fleksibel
2) Bilangan sampel lebih kecil. Biasanya kurang dari 20.
3) Tak perlu buat analisis statistik.
4) Untuk menyelesaikan misteri. Merungkaikan persoalan 'how' and'why'. Menarik ya.
Insya'allah akan dipraktikkan dalam research saya nanti. Jom, sape nak jadi team mate saya.
p/s: Terharu jugak bila jumpa ex-students masih ramai yang sudi menyapa. All the best to my ex-students at IIUM Gombak.