Pagi ni dlm perjalanan ke ofis, terdengarlah radio IKIM cerita "ku temui jalan pulang" kalau tak silap. Sebagai seorang ibu, memang tersentap dengar citer tu. Citer pasal seorang remaja yang rosak akhlaknya disebabkan kesibukan ibubapa.
Ibubapa remaja ni ahli perniagaan berjaya. Dia anak ketiga dlm keluarga. Semasa ketiadaan ibubapa, kakak n abang yg jaga. Dlm umur 12 tahun dia dah mula bebas melakukan apa saja. Berkawan dgn sesiapa saja n buat apa saja. Selalu balik lewat malam n kadang2 tak balik langsung. Memang mcm bohsia. Bila ditegur dia akan lari dr rumah.
Langit tak selalu cerah. Perniagaan bapanya merosot n mrk balik kampung. Dia kata rupanya kat kampungpun bukan semua org baik. Arak blh senang dibeli di kedai2. Pergaulan remaja pun agak bebas. Sayapun tertanya2 kampung manalah tu. Semua kampung camtu ke? Ya Allah takutnya dgr.
Akhirnya dia jumpa sorang lelaki yg baik. Lelaki ni dpt bimbing remaja ni dan dia mula berubah. Lelaki tu meminang remaja ni tapi famili remaja tu bantah. Sebagai protes remaja tu melarikan diri. Lelaki tu pun carilah remaja tu n pujuk. Malam tu mereka tlh berzina sbg protes pd familinya. Masyaallah..
Mereka melakukan dosa tu berkali2 sehinggalah remaja tu mengandung. Lelaki tu memang bertanggungjawab n meminang remaja tu sekali lagi n berterus terang apa yg berlaku. Tapi famili remaja tu tak bersetuju krn mrk percaya dgn berkahwi bukan jalan penyelesaian. Keluarga remaja tu tlh membuat laporan polis n remaja itu tlh dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak n lelaki tu pulak ditangkap polis.
Begitulah berakhir cerita menyanyat hati tu...Apa komen anda. Siapakah yg bersalah. Bagaimana nak mengatasinya. Patutkah famili perempuan tu bertindak begitu?
Korean Spicy Chicken Ramen kini KEMBALI
2 hours ago