Sunday, January 17, 2010

Fenomena Perubahan Warna Alam dan Solat

Hari ini terima email dari sahabatku kak Norma. Beliau telah mengforwardkan website Ustaz Zahazan dimana ada artikel tentang perubahan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam dan boleh dicerap dari perubahan warna alam. Artikel yang sungguh berguna. Kalau berminat sila klik : http://www.zahazan.net/index/index.php?option=com_content&view=article&id=180:rahsia-solat-awal-waktu-kelak-saya-komen-yer&catid=52:article&Itemid=130


Saturday, January 16, 2010

Take Charge

I want to share a motivation talk that I attended last saturday. The title of the talk is Take Charge presented by Bro Rizal who was IIUM alumni. This is the second time I attended his talk. And guess what, when I read his biodata, his age is the same as mine. I wonder if I can give a great talk like that.

I really insipired and motivated after heard his talk. His talk very life with all his video and activities. He managed to capture all the audiences attention based on the responses from the audience. Actually the talk was organised for the students of CFS. Well, I also a student right. Hehehe...Actually I really need motivational talk for myself to motivate me completed my thesis. It is really challenging to complete your study while you are working and also being a mother and a wife. But it is not impossible right? Others can do, why not you, Nor Aini?(talk to myself).

What I learn from Rizal?

Every moment is a choice. Every choice is my choice. Life is full of choices. Choose-Lah!

Every problems has a solution. Every solution begins with me!

So, I choose to become a student. I choose to become a teacher. I choose to become a fellow. I choose to become a mother. I choose to become a wife. So I am rensponsible with my all my choices. No complaint because that is my choice. Stop bangauing. I must plan my strategies, so that I will excell in all my task, insyaallah.

Those interested to know about Rizal, you may check on his website: http://www.take-charge.com.my/

Inspirasiku

Di hadapan dewan Seri Budiman selepas membentangkan pilot study saya diseminar ICEL(International Conference on e-learning) di UiTM pada 1-2 December lepas. Dewan Seri Budiman pasti kukembali lagi kesini untuk menerima my master degree.

Inilah dia inspirasiku. My son Rusydi. Walaupun selalu buat kepalaku pening tapi dialah juga yang membuat hidupku ceria. Lihatlah gaya-gaya manjanya.
Rusydi dan monkey kesayangannya. Hadiah dari aunty favourite dia "Mak Mok."


Inilah dia Mak Mok. Orang yang dapat kuharap untuk menjaga Rusydi kalau terpaksa menghadiri kursus.


Rusydi dan daddy tengah berdoa untuk mama, "Ya Allah semoga dipermudahkan mama untuk menyiapkan thesisnya."


Rusydi tengah memikirkan masa depan mamanya. Boleh siap ke thesis mama ni? hehehe...eh mestilah boleh.

Bersama bear kepunyaan sepupunya kak Dila.

Ya Allah permudahkan segala urusan hambamu ini. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam hidupku ini. Amin...

Friday, December 18, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Hari ini 1 Muharram ?. Tahun? Aduh. Lupa lah plak. Kena check paper dulu. 1 Muharram 1431 rupanya. Kita ni selalu je leka kan. Nasib baik hari ni cuti, kalau tak mungkin boleh lupa hari ni 1 Muharram. Kita asyik leka ngan tahun masehi je.

Semoga tahun ini kita lebih suksess lagi. Azam saya tahun ini nak siapkan master saya. Harapnya dipermudahkan olehNYA.

So tahun baru, background apa lagi tukarlah baru gak. hehehe..maklumlah free. Kali ni saya pilih background yg simple je.

Wassalam.

Saturday, December 12, 2009

Bila Bunga Berkembang...

Sebelum kembang ada 4 kuntum.
Bila kembang tingal sekuntum je. Yg lain rupanya gugur sebelum sempat berkembang.


Bunga apakah ini? Cantik kan... Ada sesiapa yang tau nama saintifiknya? Cik Nana camne?

Nama traditionalnya: kalau tak silap pokok jarum tujuh/tujuh jarum sebab kat batang dia ada duri. Banyak khasiatnya. Daun dia buat ulam. Masa saya mula tanam pokok ni tak taulah pulak yang dia ada bunga. Setiap kali dia berbunga tak sempat nak amik ambar. sebab kejap sangat dia bertahan. Ingatkan serangga yang makan, tapi bila tengok kat tanah rupanya dia berguguran.

Cantik dipandang walau seketika. Terima kasih Allah atas anugerahMU.

Wednesday, November 25, 2009

Hari Raya Korban yang Penuh Dgn Pengorbanan

Wah. sadis betul tajuk entri kali ini.

Sebenarnya taklah besar manapun pengorbanannya. Korban apa tu? Bukan korban lembu, kambing atau kerbau tapi korban


CUTI...

Oleh kerana kampung saya yg dekat je kat Bukit Beruntung, jadi bila ada kawan yg nak tukar duty ngan saya esok: hari Khamis , hari mantai kata orang N.9 sayapun bersetuju jelah. Kesian kat kawan yg kampung jauh. Lagipun cuma raya haji. Tak banyak mana pun preparationnya. Lepas duty esoklah gamaknya baru boleh masak rendang. Nasib baik principal kata boleh balik awal utk masak. Time kacihlah Kak Sa'yah.

Dan sepatutnya duty seterusnya pada hari Sabtu, hari raya kedua. Tapi husband ajak pergi Pontian ada kenduri kahwin. Dimana pula kan kucari ganti...Semua fellow lain dah balik cuti. Nak tak nak terpaksalah ku tukar duty ngan fellow yg bertugas dihari raya. Begitulah ceritanya...Berkorban untuk bertugas di hari raya.

Kepada pelajar-pelajar KC yang ada kat hostel raya korban ni, marilah kita menyambut hari raya korban ni bersama2.

Kepada sesiapa yg baca blog ni dan nak datang rumah, call dulu ya. Kalau tak nanti datang rumah kosong je.

Sebenarnya hari raya korban masih meninggalkan kenangan sedih dalam hidup saya. Hari Raya Korban tahun 2000 saya sambut di hospital kerana menjaga arwah mak yg tenat. Memang sedih sangat. Pada hari raya ketiga mak makin tenat dan dia sendiri yg minta untuk pulang ke rumah. Selepas dua hari di rumah, akhirnya mak pergi meninggalkan saya. Sedih sangat sebab masa mak menghembuskan nafas terakhir kami adik beradik tiada disamping mak sebab semuanya masa tu ada kat dapur. Sebelum tu, mak nampak stabil dan tidur. Sebab tu kami berani tinggalkan emak sekejap. Rupanya mak nak pergi sendiri tanpa ditemani anak2nya. Cuma suami saya dan mak saudara yang ada kat sebelah mak masa tu.

Tapi saya masih ingat masa kat hospital, mak ada kata "mak bersyukur sangat sebab anak2 mak sayangkan mak dan sanggup jaga mak." Mak, maklah yang paling baik. Tentulah kami sayangkan mak. Pergimu tiada pengganti...Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat Allah.

Friday, November 20, 2009

K-Fest


K-Fest or Mahallah Khadijah Festival telah berlangsung dari 16-19 Sept 2009. Program yang berlangsung selama 4 hari bertujuan untuk memupuk ukhwah dikalangan penghuni Mahalah Khadijah disamping untuk mencungkil bakat2 terpendam mereka dlm menjalankan perniagaan, kebudayaan, kesukanan dan juga kepimpinan. Antara program dijalankan ialah ceramah bertajuk "Syoknya Dating", "Cultural Night", Hisbah Sale dan sebagainya.


Banyaklah juga gerai2 yg menjual pelbagai barangan antaranya mnjual baju, tudung, kerepek, rojak buah dan sebagainya. Harganya juga berpatutan. Bagi menyokong program student ni, saya pun adalah gak membeli beberapa helai tudung n baju...hehehe...


Masa Cultural Night pelajar dihiburkan dengan acara dikir barat dari group student diimport khas dari UM. Musolla yg mulanya agak kosong, mula dipenuhi pelajar2 bila diumumkan persembahan "male dikir barat presentation". Rata2 pelajar terhibur dengan persembahan dikir barat yg diselitkan mesej2 yg positif. Seterusnya program diteruskan oleh persembahan dari pelajar.


Sebagai penasihat program ini, saya mohon maaf di atas segala kekurangan/kelemahan sepanjang program ini. Ini pengalaman pertama menjadi penasihat program yg agak besar. Bak kata kawan2 saya macam mak pengantin. Hehehe...dan tak lupa kepada MRC dan hisbah committee yg bertungkus lumus utk menganjurkan program ini. Dan juga kepada pelajar KC yg memberikan kerjasama dlm penyertaan mereka dlm program yg dianjurkan. Kepada rakan2 fellow sekalian, terima kasih di atas sokongan...


Walaupun agak terkilan sebab hisbah saya tarik dari di saat akhir untuk persembahan "Cultural Night" tapi banggalah jugak sebab Ina n frenz dari bilik 139 dapat hadiah no 1 untuk Bilik Terbersih. Tahniah....keep up the room clean ya walaupun dah habis competition...


Akhirnya, acara penutup dilancarkan dan saya diberikan amanah oleh prinsipal bagi merasmikan acara penutup itu. Bila tiba time berucap semua yg ada dlm teks hilang dalam ingatan. Ya Allah...nasib baik tak ramai student. Kena banyak practise lagi ni.Jadi cakap jelah apa yg terlintas dlm kepala. Lega bila K-fest dah berakhir...yg memberiku satu lagi pengalaman dalam hidup ini.