Monday, August 3, 2009

Kenangan Terindah

Bila saya join facebook tak salah start bulan May hari tu, matlamat utama nak jumpa balik kawan-kawan sekolah dulu. Saya pun taip nama sekolah tapi tak jumpa sorang pun. Pelik jugak. Tak kanlah dlm ramai-ramai tu takde yg guna facebook.

Sehinggalah hari Jumaat lps, ada sorang ex-classmate yg add saya. Dari situ jumpalah beberapa orang kawan-kawan lain. Memang excited. Ada yg maintain dan ramai yg dah mengembang, termasuklah diriku ini. Hehehe... Dan bila saya bukak album lama, Ya Allah memang banyak sangat berbeza. Ada sorang kawan yg komen, hampir tak mengenali saya. Memangpun, bila saya tengok album lama, saya pun dah tak boleh cam yg mana satu saya. Nantilah bila ada kesempatan saya scan dan upload gambar tu. Pastu bolehlah buat peraduan "Cari saya?" hehehe...

Zaman sekolah menengah saya rasa zaman yg paling manis. Teristemewa masa saya form 1. Masa tu, ramai yang dah masuk asrama, tinggallah pelajar-pelajar sederhana je. So jadilah saya pelajar terbaik di kalangan pelajar sederhana tu. Bila test atau exam mesti dapat nombor satu. Yang bestnya perhatian dari cikgulah. Apa-apa pun cikgu akan panggil saya. Sampai nak tentukan no kelas pun cikgu mintak tolong saya. So saya antara orang yg awal tau kedudukan dalam kelas. Sebenarnya perhatian guru antara motivasi awal saya untuk belajar lebih rajin.

Banyak jugaklah kenangan manis masa sekolah dulu. Cinta monyet? Tak pernah. saya jenis skema. hehehe. Tak caya? Betul. Cuma pernah suka kat sorang senior tu, tapi kupendamkan saja. Hehehe..suka tapi malu.

Nak cerita satu kenangan lucu masa form 4. Masa form 4 saya dalam aliran sains dan nama kelas berdasarkan bintang. Nama kelas saya 4 Kejora. Kelas kami kat atas makmal Sains Rumah Tangga dimana kat makmal tu ada dapur gas. Masa tu musim durian. Disebabkan saya ada dusun durian, kawan-kawan baik saya Ijan dan Hendri suruhlah saya bawak durian. Saya pun letaklah durian tu dlm tupperware dan bawaklah ke kelas. Sebab tak bawak banyak, saya tak bagitaulah org lain.

Sementara tunggu cikgu masuk klas, saya pun bukaklah tupperware tu. Apalagi semerbaklah baunya. Tiba-tiba ada yang cakap, eh ada bau gaslah. Saya pun cepat-cepatlah sorokkan tupperware tu. Ada sorang budak lelaki tu bergerak pantas gi kat makmal kat bawah nak tengok kalau ada gas yg bocor. Tapi tak ada. Kami bertiga rasa nak gelak tapi terpaksa control nanti pecah pulak rahsia. Nasib baik takde yg syak bau durian. Bila time rehat kami ketawa sepuas-puasnya dan makanlah durian tu. Bukan kedekut tau, tapi durian tak banyak masa tu. Hehehe...nakal gak saya masa tu ya.

Masa begitu pantas berlalu. Dah 21 tahun saya mengambil SPM. Masih saya ingat first day saya ke sekolah. Very excited. Pukul 8 malam saya dah tidur. Bila saya bangun terus nak mandi, tapi sebenarnya baru pukul 11 malam. Hehehe...

Ada kawan sekolah yg lost contact langsung.Tak pernah jumpa lepas SPM. Maksudnya dah 21 tahun tak jumpa. Ada yg ingat nama tapi dah tak boleh recall muka, ada yg ingat muka, tapi tak ingat nama. Memang dah tua saya ni. 15 hb Ogos ni, diorang nak buat gathering. Tapi sedihnya tak dapat nak attend sebab ada kursus fellow kat Ulu Bernam. Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan oleh Allah dan semoga suatu hari nanti dapat juga saya bertemu dengan kawan-kawan lama saya itu.

Wassallam.

1 comment:

AyuArjuna BiGoshh said...

hahah.......kenangan doriyan...