Wednesday, June 24, 2009

Perjalanan ke Kedah + Penang

Pada Jumaat lepas 19 Jun, saya dan keluarga mengikut rombngan pengantin ke Bandar Baru, Kedah. Pengantin, bernama Saira adalah anak saudara perempuan sebelah suami. Masih teringat kali pertama bertemu dgn Saira, dia baru berumur 6 tahun. Wah cepat betul masa berlalu.

Kami bertolak pada pukul 9 .45 pagi dan sampai ke destinasi lebih kurang kul 2.30. Lebih kurang lima jam perjalanan. Alhamdullillah perjalanan lancar. Kami berehat sekejap di RnR Tapah. Kami bermalam di AniSanni Village Resort yang berhampiran dgn rumah pengantin lelaki. Sebelah petang kami pergi mandi air terjun, alamak lupalah nama air terjun tu. Rusydi lah yg excited sangat.

Sebelah malam kami pergi ke rumah pengantin lelaki untuk acara marhaban. Malangnya program terpaksa di tukar ke acara tahlil, kerana ada seorang penduduk kampung yg meninggal pada ptg tersebut. Kesian betul. Allahyarham yg bekerja di kilang meninggal kerana terbakar terkena api sewaktu sedang membuat 'welding'. Allahyarham di kebumikan pd malam tersebut juga kerana mayat dah berbau.

Makanan pd malam tu, memang best. Ikan sungai masak lemak cili api campur belimbing buluh. Ada banyaklah lauk lain. Tapi lauk tu yg saya layan sebab susah nak cari kat KL. Dan satu lagi ikan pekasam. Memang best.

Seterusnya pada hari Sabtu, acara sambut menantu. Takde sanding cuma makan beradab je. dapatlah makan ayam panggang + makanan lain yg meriah kat meja pengantin. Sayu jugaklah nak tinggalkan Saira kat situ. Biras saya(Mak Saira) pun lagiklah sedih. Nak berpisah ngan anak kesayangan. Tapi itulah lumrah kehidupan.

Oleh kerana dah dekat ngan Penang, semua ahli rombongan setuju nak konvoi ke Penang plak. Masa tu dah kul 2 lebih. Maka kami pun bertolak ke Penang. Yang tu saya citer lain kali ya. Tak sempat nak citer sekarang. Wassallam.

No comments: