Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Perjalanan ke Kedah + Penang

Pada Jumaat lepas 19 Jun, saya dan keluarga mengikut rombngan pengantin ke Bandar Baru, Kedah. Pengantin, bernama Saira adalah anak saudara perempuan sebelah suami. Masih teringat kali pertama bertemu dgn Saira, dia baru berumur 6 tahun. Wah cepat betul masa berlalu.

Kami bertolak pada pukul 9 .45 pagi dan sampai ke destinasi lebih kurang kul 2.30. Lebih kurang lima jam perjalanan. Alhamdullillah perjalanan lancar. Kami berehat sekejap di RnR Tapah. Kami bermalam di AniSanni Village Resort yang berhampiran dgn rumah pengantin lelaki. Sebelah petang kami pergi mandi air terjun, alamak lupalah nama air terjun tu. Rusydi lah yg excited sangat.

Sebelah malam kami pergi ke rumah pengantin lelaki untuk acara marhaban. Malangnya program terpaksa di tukar ke acara tahlil, kerana ada seorang penduduk kampung yg meninggal pada ptg tersebut. Kesian betul. Allahyarham yg bekerja di kilang meninggal kerana terbakar terkena api sewaktu sedang membuat 'welding'. Allahyarham di kebumikan pd malam tersebut juga kerana mayat dah berbau.

Makanan pd malam tu, memang best. Ikan sungai masak lemak cili api campur belimbing buluh. Ada banyaklah lauk lain. Tapi lauk tu yg saya layan sebab susah nak cari kat KL. Dan satu lagi ikan pekasam. Memang best.

Seterusnya pada hari Sabtu, acara sambut menantu. Takde sanding cuma makan beradab je. dapatlah makan ayam panggang + makanan lain yg meriah kat meja pengantin. Sayu jugaklah nak tinggalkan Saira kat situ. Biras saya(Mak Saira) pun lagiklah sedih. Nak berpisah ngan anak kesayangan. Tapi itulah lumrah kehidupan.

Oleh kerana dah dekat ngan Penang, semua ahli rombongan setuju nak konvoi ke Penang plak. Masa tu dah kul 2 lebih. Maka kami pun bertolak ke Penang. Yang tu saya citer lain kali ya. Tak sempat nak citer sekarang. Wassallam.

Tuesday, May 5, 2009

Balik Kampung

Ini cerita weekend lps. Lambat posting sebab baru dpt gambar semalam. (Maklumlah takde kamera, terpaksalah guna kamera adik tuk ambik gambar. Then tunggu dia email gambar tu) Hari Jumaat lps saya sekeluarga balik ke kampung arwah emak di Parit 7, Sg Besar. Saya memang suka sgt balik kampung ni, sbb kawasan sawah padi. Cantik sgt. Bila tengok saujana mata memandang. Memang boleh release tention. Tengoklah gambar2 kat bawah.




Cantik kan...
Kat kampung atuk ngan nenek pun dah takde. Tinggal mak saudara n bapak saudara je. Hari Sabtu tu ada kenduri tahlil utk arwah atuk, nenek and arwah mak. Hari Sabtu tu majlis berjalan pantas, kul 12.30pm je dah settle semua. Kami sebenarnya nak balik lepas kenduri tu dlm kul 2pm. Tapi makcik cakap nak buah kuih kalakatar. Eh, kuih ape tu...Tak pernah makan pun? Ok. Kalau nak tau tunggulah posting seterusnya. Byeee...