Dah 4 minggu rupanya tak update blog. Disebabkan minggu ni agak santai sebab kelas tak bermula lagi dan yg pentingnya dah ada yg bertanya bila nak update blog ni? wah, maksudnya adalah jugak pembaca blogku ini. Terimakasihlah elyas n fadhlina yg prihatin ngan blog ini.
Huhuhu..kemanakah menghilangnya diriku. Beginilah ceritanya...agak panjang dan boring sedikit.
Sebenarnya saya menghilang sebab sekali lagi kena bertapa sebab lepas seminggu thesis dihantar, saya menerima panggilan dari course coordinator. Ada major problem dlm thesis saya dan kena buat major correction. Saya diberi tempoh sehingga 30 May utk menyiapkannya. Jadi terpaksalah berhibernasi sekali lagi.
Masa dapat berita buruk tu rasa down sgt. Satu hari jugaklah bermurung durja. Then saya jumpa supervisor, dia pun explain apa yg saya perlu tambah. Masa tu saya angguk2 tanda faham. Tapi realitinya, bila buat sendiri, Allah sajalah yg tau. Utk bab Statistik cepat2 buat appoinment ngan kak Akma, tapi diapun tak berapa ingat sangat. Then utk grammer checking dah janji ngan Jieha. Next meeting ngan supervisor on 21 May. Ada banyak benda yg tak siap lagi sebab saya tak pasti sebenarnya. Sebab bila confuse, saya pergi buat reference lagi kat library UIA Gombak dgn harapan dpt gambaran lebih jelas. Tapi yg jadi adalah sebaliknya. Saya jadi makin confuse. Saya buat jelah apa yg saya faham. Sebab dah banyak buang masa kat tempat yg tak sepatutnya, saya tak dpt siapkan sepenuhnya correction on 21 May tu. Supervisor saya pun cakaplah, tulah Aini, saya suruh buat lain, awak buat lain, kan dah tak sempat siap. Ya Allah, nak buat camne. Saya nak buat yg terbaik, perlulah buat reference lagi. Dlm sisa2 masa yg tinggal, datang pulak masalah lain. Sorry very personal, tak boleh share kat sini. Masalah tu pun menyebabkan konsentrasi saya utk menyiapkan thesis hilang. Rasa dah give up. Akhirnya 29 May saya dapat kekuatan semula. Disebabkan 30 May hari Ahad, saya buat jangkaan sendiri, boleh postpone hantar hari Isnin. Malam 30 May sekali lagi saya tak tidur malam menyiapkan thesis tu. Akhirnya siaplah thesis. Ada banyak kekurangan lagi sebenarnya tapi itulah yg mampu saya lakukan dlm masa yg ada. Pukul 10.30 saya hantar thesis tu pada coordinator. Tapi dia tak de kat bilik. Saya tinggalkan je dlm box kat luar bilik dia. Saya call dan beliau berkata nanti kami akan bagitau macamana keputusannya. Sekarang ni tengah berdebar menunggu berita dari 'si dia'. Apapun saya redha dengan keputusannya kerana sebagai hamba Allah, saya yakin ada hikmah disebalik berlakunya sesuatu peristiwa.
Ada banyak yg saya pelajari sepanjang menjadi pelajar Master ni,
i) pengurusan masa- tapi saya masih lemah dalam bab ni sebab suka buat kerja last minute. banyak lagi perlu diperbaiki. Mungkin kena cari kursus yg sesuai.
ii) Microsoft Word- saya rasa banyak benda baru yg saya explore. Saya dah pandai nak insert table of contain automatik, insert section break, buat 2 format page number dalam 1 file. Semua ni saya tak pernah explore pun sebelum ni. Terimakasihlah pada Microsoft sebab sediakan "Help" yang sangat membantu.
iii) SPSS- saya dah pandai guna SPSS. Alhamdulillah saya buat sendiri. Dari key-in data hinggalah ke analisis. Cuma analisis saya tanya pendapat Kak Akma, Azila dan Muziah. Terima kasih pada mereka.
Walau apapun keputusannya nanti, saya redha. Nilai 'master' bukan hanya pada sekeping sijil, tapi proses pembelajaran yg telah saya lalui.
Bukan senang nak buat master apalagi PhD. Sembang2 ngan kawan yg tengah sambung PhD, dia cakap susah sangat, rasa dah give up. Dan dia citer pasal kawan dia yg tengah buat PhD kat UK, dah enam tahun tapi tak habis2 lagi. Kawan dia ni excellent student masa buat bacelor n master. Tapi bila buat PhD bermasalah puncanya dapat supervisor yg tak memahami. Yg terlampau high expectation. Bila dengar citer macam ni, lagilah takut nak sambung Phd. Tapi ada jugak yg berjaya habiskan dalam masa yg ditetapkan. Kena banyak berdoa semoga Allah permudahkan segalanya dan dapat supervisor yg memahami.
Akhirnya kepada pembaca semua, doakanlah saya dapat berita baik dari 'coordinator' saya. Kalau tak kenalah bertapa sekali lagi.
Wednesday, June 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
woah terbaik lah madam!!!
doa saya untuk madam :D
The Ultimate Guide To Gambling in India - KL Hub
The Ultimate 보령 출장안마 Guide to Gambling in 당진 출장마사지 India Some people have a hard 파주 출장마사지 time finding a casino where you 시흥 출장샵 have to book. For 경기도 출장마사지 example,
Post a Comment