Saturday, June 19, 2010

Misteri Pencuri Ghaib

Entri kali ini ala2 cerita Enid Blyton atau Nancy Drew yang amat saya gemari semasa kanak2 dulu. Sampai satu ketika saya pernah bercita2 untuk menjadi detektif kerana pengaruh cerita tersebut.

Semakin dewasa, cerita penyiasatan masih menjadi kegemaran saya seperti CSI, NCSI dan Detektif Conan pun saya layan. Hehehe....

Hari ini, sebagai seorang fellow kami dihantui oleh peristiwa kecurian bersiri. Pintu berkunci, tapi pencuri masih boleh masuk. Kebanyakan bilik yg dimasuki pencuri adalah bilik di tepi tangga. Alangkah misterinya. Ada teori yg mengatakan pencuri masuk ikut tingkap, ada yang kata ini kerja "budak kecik", ada yg kata ini perbuatan sihir. Entahlah. Ustaz dah dipanggil, polis pun sama. Tapi belum dapat lagi menangkap si pencuri itu. Kes masih dalam penyiasatan. Kalau lah kita ada peralatan canggih seperti dlm siri CSI tu, pasti kes ni dah selesai. Atau kalaulah saya berfikiran pintar seperti Conan tu, alangkah bagusnya.

Doa saya, biarlah pencuri tu segera tertangkap. Saya harap pencuri tu sedar, kalau kita ambil barangan orang, Allah akan ambil barang kita yg lebih berharga. Cepat-cepatlah bertaubat. Sepandai-pandai tupai melompat, pasti jatuh ke tanah juga...

Kalau ada pandangan bernas, tolonglah bagi komen anda.


1 comment:

Zierwa Zainal said...

sy dulu prnh bercita2 untuk menjadi penyiasat gara2 terlalu minat cerita conan n csi..cerota sherlock homes..hehe...

ape2 gtahu ea..nk thu jugk kesudhn pencuri itu..

buat solat hajat?

kalau sudi komen la entry saya..
Tip merawat hati yang telah dicuri