Friday, September 3, 2010

Hijrah

Kenapa dah lama tak update blog?

Sebabnya semester ni sgt sibuk. Saya mengajar 20 jam seminggu dan consultation + remedial class. Dari kul 9 - 5 memang pack. Hari Jumaat je free sikit tapi selalunya ada meeting. Memang tak sempat nak update blog kat ofis. Bila sampai rumah, memang dah bersemangat nak update blog, tapi internet connection plak problem, lembab sgt, nak update blog pun tak boleh. So alhamdullillah, klas dah habis, sekarang ni students dah start cuti raya. Barulah boleh bernafas sikit.

So selama 2 bulan saya tak menulis, banyak benda nak cerita. Hari ni nak cerita pasal penghijrahan saya. Huhu... Sebenarnya saya dah berpindah ke rumah fellow di CFS, IIUM,PJ. Sebabkan stess ngan traffic jem dan tuntutan tugas sebagai fellow (esp semasa kes kecurian bersiri tu) saya pun saja2 lah apply rumah fellow. Then approve.

Kalau nak bandingkan rumah saya kat Cheras, memanglah rumah fellow lagi kecil. Lepas tu kat tingkat 1 pulak tu. Memanglah rasa kurang selesa sikit. Tapi saya seronok sebab dah takde traffic jem. Pergi kerja pun jalan kaki je. Hari-hari saya exercise.

Yang peningnya nak jaga anak lelaki saya tulah. Kat sini dia ramai kawan. Bila saya leka sekejap je, dia dah hilang. Rupanya dah pergi rumah kawan dia. Sabar jelah.

Banyak lagi benda nak citer, tunggulah next posting.

2 comments:

call me nana said...

mdm dah pindah umah fellow di cfs? kt mane ea umah fllow?

aini said...

kat ukc2. mahallah yg mula2 jumpa kat sebelah security guard tu. sekarang dah tukar nama mahallah fatimah az-zahra.