Sunday, January 16, 2011

Tiramisu


Hari ni, nak citer pasal cerita Tiramisu, bukan kek ya, tapi program bersiri kegemaran saya kat TV3. Rasanya dah dua minggu ditayangkan di TV3 di slot Akasia. Waktu siaran hari Isnin- Khamis 7-8pm. Waktu siaran agak kurang sesuai sebab bersiaran pada waktu Maghrib. U all layan tak citer ni?
Tapi jalan ceritanya menarik. Pertama kali tengok citer ni, terus terpikat. Cerita cinta tak terungkap antara Dani(Peirre Andre) dan Melur(Sh. Amani). Lakonan Sh. Amani memang mantap dan bersahaja.
Scene yg saya paling suka, waktu Melur kena ragut, Punyalah blurnya si Melur ni, peragut tu dah ambik handbag diapun dia duk sibuk ngan handphone dia. Lepas tu baru dia perasan dan menjerit mintak tolong. Kelakar betul.
Nasib baik ada seorang lelaki bernama Zain berjaya menangkap peragut tersebut. Zain pun tanya pada Melur, "apa awak nak saya buat kat pencuri ni? Melur pulak ambik handbag dan bagi rm5 kat pencuri tu. "Nah ambik duit ni, pergi makan. Jangan nak meragut lagi", kata Melur. Wah, mulia betul hati Melur. Masa tu lah Zain mula terpikat ngan Melur dan jadi org ketiga dlm hubungannya ngan Dani.
Dani pulak chef popular yang disukai oleh Liana dan jugak Tina. Siapa pilihan hati Dani? Saya pasti walaupun banyak dugaan dalam percintaan mereka, akhirnya mereka pasti bersatu. Tak sabar nak tunggu episod akhir. Bila ya?

p/s: Suka jugak dengan watak Benjy, kawan sekerja Melur di kedai bunga tapi tak kenal sape pelakonnya.

No comments: