Friday, February 4, 2011

Berarak Mendung Kelabu

Mendung kelabu
membawa hujan
bersama ribut dan taufan
kilat dan guruh silih berganti

Mendung kelabu berarak pergi
Muncul pelangi menghias bumi
Keindahan alam anugerah Ilahi
Sebagai hambaNya harus disyukuri

Hidup ini penuh dugaan
umpama mendung kelabu tadi
Kuharap sinar suria menyelubungiku
Agar ku tabah menghadapi dugaan....

p/s : terpengaruh plak ngan my friend Azlizan aka Prince Duyong yang suka berpuisi. Walaupun puisiku tunggang-langgang.


No comments: