Amaran: Entri kali ini agak panjang, kalau boring jgnlah baca. hehe..lepas geram dah lama tak menulis.
Syawal semakin di berada di penghujungnya. Syawal saya tahun ini dipenuhi kisah suka dan duka.
Kisah suka: Pertama kali berkumpul dan beraya di rumah abang di Bukit Beruntung. Kami adik-beradik berkumpul kat rumah abang sebab abah duduk sekali ngan abang. Selalunya beraya kat Cheras dulu sebab father in law duduk sekali ngan saya. Lepas sembahyang raya baru balik rumah abang. Tapi tahun ni sebab bapa mertua duduk ngan kakak ipar kat seremban jadi dua hari sebelum raya saya dah balik ke Bkt Beruntung.
Kami gotong-royong masak lemang, rendang ayam n ketupat segera. Yg klasiknya semua tu kami masak guna kayu api. Hehehe hebat tak? Yang penting jimat u.
My hubby tengah menghentak2 lemang supaya pulut masak sekata. Alhamdulillah lemang menjadi. Dpt pujian ramai.
Masa ni lah semangat kerjasama dpt dipupuk. Bak kata Wonder Pet: Apa yg penting kerjasama.
Raya pertama dirayakan dengan penuh kegembiraan bersama juadah: lemang, ketupat segera, rendang ayam, kuah kacang n kuih2 raya. Selepas sessi bermaaf-maafan kemudian sessi bergambar plak.
Lepas tu sesi kunjung mengunjung. Kami pergi menziarahi sanak-saudara n sahabat handai di Ampang dan Gombak. Begitulah berakhirnya 1 Syawal dengan penuh kegembiraan.
Kisah duka: Bermula pada 2 Syawal. Plannya kami akan menjemput bapa mertua di rumah kakak ipar di Balakong sebab kakak ipar yg kat Seremban tu pun balik ke kampung mertua. Kami berjanji nak bawak dia beraya ke Terachi n Kuala Pilah. Bila sampai je di rumah kakak ipar, jeng. jeng....
"Abah takdelah Ni, abah gi klinik."
Hah. Kenapa pulak. Tadi masa call tak bagitau apa2 pun. Apa kena ngan abah? tanya saya.
Abah jatuh masa keluar dari bilik air. Banyak darah keluar. Along(abang ipar saya yg sulong) dah bawak g klinik.
Ohh. Selepas menunggu dlm setengah jam, barulah bapa mertuaku pulang. Lukanya di pipi agak dalam. Dr terpaksa jahit. kalau tak salah kena 6 jahitan. Rumah kakak ipar saya di apartment tingkat dua. Dan takde kemudahan lif. Kesian pulak nak suruh bapak mertua naik tangga. So kami decide nak bawak abah balik ke pj. Tapi sebelum tu tanya dia, nak g Kuala Pilah tak? Abah cakap nak pergi jugak.
Aku tak jumpa sesiapa lagi ni, kata abah. Tak jadilah balik ke PJ, perjalan diteruskan ke Terachi. Sampai kat Bukit Putus, traffic jem plak. Akhirnya hampir kul 3 baru sampai. plan awal kami akan lunch kat rumah abang ipar di Kuala Pilah, sebab dah lewat kami makan tengahari di rumah adik ipar di Terachi dulu. Baru je nak menyuap abah menjerit:
"Aku dah nak mati ni, aku dah nak mati ni..."
Kami semua terkejut dan bawa dia duduk di sofa.
Abah bersuara lagi.
Abah: Aku nak balik..
Hubby: Balik mana?
Abah: Balik rumah abah....
Hubby:Inikan rumah abah
Abah: Ini bukan rumah abah, Rumah abah kat kg gedang.
Mulanya tak faham jugak knp nak balik kg Gedang. Kg Gedang tu dekat je ngan rumah adik ipar. Rupanya kg Gedang tu rumah mak angkat abah yg dah lama meninggal. Katanya Mak Ani(panggilan kpd mak angkat abah) panggil dia suruh balik.
Dan dia mula tak kenal org dan jadi pelupa. Bila tanya sape yg bawak abah g hospital? Dia kata Cina yg bawak. Lps tu dia mula tanya anak2 n cucu dia. Dia nak jumpa semua. So semua adik beradik dr Jelebu n Melaka berkumpul. Lepas Maghrib selepas sembahyang berjemaah, bacaan yassin dilakukan. Lepas minum air yassin abah nampak beransur sembuh. Benda pertama yg dia tanya saya mana duit raya utk cucu dia. Dia suruh bagi semua cucu dia. Hehehe.. Ingat pulak. Sebab sebelum tu dia dah bagi saya suruh simpan. And amazingly dia boleh ingat dia dah bagi kat cucu dia yg kat Seremban tu duit raya. Eh, engkau dah dapat kan..katanya. Eh atuk ingat pulak?
Lepas tu, adik beradik lain pulang semula ke rumah mertua masing2. Kami kesian pulak nak tinggalkan dia. Walaupun ingat dia dah ok, tapi dia masih tak kuat. Tak larat nak jalan ke bilik air sendiri. Terpaksa ada org papah.
Raya ketiga, tengok abah macam dah ok, kami pulang semula ke Bkt Beruntung n abah tinggal di Terachi sebab kat sana ramai blh tenggokkan. Raya keempat kami beraya ke rumah makcik di Sg Besar, Selangor. Seronok balik sana, sebab makcik saya ni memang best, dah macam pengganti arwah mak. Kami dijamu ngan nasi impit + kuah kacang yg dicampur daging. Memang sedap. Saya panggil makcik saya ni angah.
Dia kata, angah bangun kul 4 pagi tadi masak semua nih. Wah terharunya saya...Sayang angah. Yg best nya bila balik kampung dapat makan ikan pekasam yg kami panggil ikan wadie'. Memang best sgt.
Wah cerita yg suka dulu plak. Lupa plak citer duka. otw ke Sg Besar tu sebenarnya adik ipar sms mengatakan abah masuk hospital kuala pilah. Kna tahan wad sebab ada jangkitan kuman kat paru2. Disebabkan dah nak sampai Sg Besar n dah bagitau makcik kami nak datang kami teruskan perjalan ke sg Besar. Bila balik Sg Besar kami pasti akan bermalam di sana. Sebab makcik pesan kalau dtg sini mesti tidur. Kami pun ikutkan je. Tak taulah berapa lama lagi dapat bermanja dgn diorg.
Mlm dlm kul 10 bapa mertua ku menelefon. Korang ni bila nak tengok aku, Org lain ni dtg, semua balik, tinggal aku sorang. Tinggal anak Zai je ni temankan aku, katanya. Oklah tu. Dah ada org teman. Esok kami dtg. Janjiku pada abah.
Pukul 7 pagi, keesokan paginya anak sedara husband yg menemankan abah mlm tadi call. Bila cik Ani nak dtg? Dia tak tau saya kat Sg Besar lagi. Dia ingatkan saya ada kat Terachi. Petang nanti baru sampai kata saya. Telefonlah makcu( adik ipar saya yg kat Terachi tu) suruh ganti.
Akhirnya pukul 4 pm kami baru sampai ke Kuala Pilah sebab hantar adik kat Bkt Beruntung dulu n singgah PJ ambik baju dulu. Bila sampai hospital, nurse tengah tolak abah guna kerusi roda. Ingatkan abah nak g toilet rupanya abah kena g Hospital Seremban utk scan otak. Dr takut ada pendarahan kat otak. Dr cakap sorang boleh temankan abah kat dlm ambulan. Kalau tak ikutpun takpe saya boleh jaga pakcik, kata Dr tu. Tapi cam kesian lah plak. Husband saya kata biar dia naik ambulan, n suruh saya follow ambulan. Oh. Adakah mungkin saya dapat mengejar ambulan itu. Oh. mungkin tidak. Tak berani nak tanggung risiko, takut saya plak yg sesat nanti. Tak kan lah nak tunggu kat hospital ni. Rusydi plak nakal nye menjadi2. Tiba2 lak terlebih excited, lari sana, lari sini sampai terkencing dlm seluar. Punyalah geramnya saya. Dan puaslah mencari toilet. Toilet tu plak penuh ngan lipas. Apa lagi menjerit2 lah dia yg sememangnya takut ngan lipas.
Saya pun decide nak balik rumah abang ipar kat Kuala Pilah dulu, dekat sikit nak drive kalau banding nak balik ke Terachi. Disebabkan tak ingat jalan suruhlah anak sedara saya jemput. Ingatkan nak suruh dia drive, tapi dia yg baru dapat lesen tu tak naklah plak. Dah lah saya pakai kasut yg licin, so terpaksalah kaki ayam bawak kereta.
Mlm tu saya bermalam di Kuala Pilah, manakala suami saya tidur di hospital menemankan bapanya. Dr kata takde pendarahan kat otak, esok dah boleh keluar. Mlm tu, saya n abg ipar n biras dtg hantar makanan kat abah. Dia nampak lebih segar n happy. Asal lambat sgt. Dah lapar aku ni, katanya. Tadi puasa sebab nak scan. Abah makan ngan berselera sekali.
Esoknya pukul 2 baru bapa mertuaku dibenarkan keluar hospital. Dan kami bawa abah balik ke Seremban. Walaupun nampak abah semakin sembuh tapi masih tak blh bangun sendiri utk ke bilik air.
Kami berada 2 hari di Seremban. Abah masih tidak boleh bangun sendiri ke bilik air. Bila difikirkan kalau biar abah duduk kat rumah kakak ipar kat Seremban dia akan tinggal sorang di rumah kalau kakak ipar berniaga. Kakak ipar akan mula berniaga pada hari Isnin dan dia pun kata ada banyak order untuk hari raya. So kami ajaklah abah duduk ngan kami. Sebab husband pun blm start niaga. Saya pun blh selalu tgk abah kat rumah.
Mula-mula abah tanya aku nak duduk mana? Saya ckplah kat dia, rumah kami tu ada 2 bilik. Rumah asing bukan campur ngan student. Agaknya sebelum ni dia ingat saya duduk di dorm ramai2 ngan student. Oh tidak. Rumah tu ada toilet sendiri tak share ngan student. Akhirnya abah pun setuju.
Mulanya risau jugak camne abah nak naik tangga. Tapi tengok dia steady je plak. Pelan2 sikit bah, kata husband saya. Dan satu lagi kejutan, abah dah tak payah kena pimpin pergi toilet, dah boleh g sendiri. Tapi mlm tu, kami pesan jugak kalau nak g toilet panggillah sebab kami tak rapatkan pintu bilik supaya senang dgr bila abah panggil. Sampai ke pagi takde plak dia panggil. Huhu alhamdulillah dia dah boleh g sendiri.
Ingatkan nak jaga abah sekejap je. Tapi dia ok je duduk sini. Takde sebut pulak nak balik Seremban. Semoga abah sihat selalu. Cuma kalau hujan dan astro tak berfungsi, rumah jadi sunyi dan dia tinggal sorang dia akan call suruh balik cepat. Dia takut duduk sorang. Itulah citer suka n duka saya di hari raya.
Semoga saya diberi ketabahan dan kesabaran untuk menjaga bapa mertuaku. Amin...Wassalam. Salam penghujung Syawal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Insya-Allah kak...besar pahalanya tu.. mgkin x nampak di dunia...
Post a Comment