Perkongsian ilmu dari usrah Math dept beberapa minggu lalu:
Di dalam usrah tersebut ada my friend yg share satu ruangan pembaca di majalah yang bertanyakan tentang persoalan dari pembaca yang mengatakan dia tidak bertudung disebabkan dia belum bersedia untuk memakai tudung. Wanita tersebut mengatakan, dia hanya akan bertudung kalau dia benar2 ikhlas bertudung. Dia kemudian mengatakan ada juga perempuan yang bertudung tapi keluar jambul, pakai t-shirt pendek dan berkelakuan kurang sopan. Dia tak mahu jadi seperti itu. Kalau anda ditanya soalan seperti itu apa jawapan anda?
Menurut my friend jawapan ustaz tu begini: Hukum tutup aurat adalah wajib. Maka kita patut buat. Kita tak boleh mengukur keikhlasan. Kalau camtu sampai bila baru kita boleh buat. Maka hukumnya berdosa. Perempuan yang bertudung tapi masih keluar jambul, pakai t-shirt pendek, baju ketat dsb sebenarnya masih belum menutup aurat. Mereka hanya menutup kepala, tapi tidak menutup aurat. Hukumnya masih berdosa.
Peringatan juga tentang tempat yang syaitan suka bertenggek. Kalau nak tau, syaitan suka lepak kat bahagian dada dan punggung. Sebab tu orang lelaki suka sangat tengok kat part tu jugak, sebabnya syaitan duk memanggil. Maka pesanan untuk diriku dan wanita pembaca sekelian, labuhkanlah tudung kita agar menutup bahagian dada. dan bila pakai t-shirt pun, labuhkanlah agar menutupi bahagian punggung.
Kepada yang belum bertudung, didoakan supaya terbuka hati untuk berbuat demikian. Yang dah bertudung, ayuh marilah kita bersama2 menutup aurat sebaik mungkin, bukan setakat menutup kepala sahaja. Fikir-fikirkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment