Saturday, July 25, 2009

Corat-coret IEEP '09

Semua tenaga pengajar CFS diwajibkan menghadiri program Islamic Enhancement and Evaluation Programme(IEEP)'09 di Avillion Admiral Cove Resort pada 21-23 July yg lepas.

Bila semua student tengah cuti, tenaga pengajar pergilah berkursus, 'sharpen the saw'. Antara corat-coret IEEP kali ni:

1. Avilion Admiral Cove Resort sebelum ini adalah sebuah club house dan marina. Jadi ada banyak kapal layar dan bot yang berhibernasi. Cantik sangat. Macam-macam nama ada. Antaranya "Janda Baik".
2. Roommate ku Ayu dan group seperti selalu memenangi 2 pertandingan: Masa Ice-Breaking dan De-Stress Activity.
3. Shower gel dan syampoo tidak dibekalkan pada setiap bilik. Hanya ada 2 ketul sabun je. Bila saya call housekeeping katanya tiada dalam pakej. Sabar jelah...
4. Ceramah dari Dr Latif sungguh meninggalkan kesan. Dr banyak tunjuk gambar kat Iraq, betapa gigihnya kanak-kanak di sana. Walaupun perang di sana-sini mereka masih mengutamakan pelajaran. Wahai anak-anak muridku, diharapkan saya tak kan dengar lagi alasan tak datang kelas sebab overslept sebab pelajar di Iraq, walaupun kelas mereka baru saja musnah di bom mereka tetap meneruskan kelas di padang.
5. Dua orang penceramah sebut pasal "7 habit of Highly Effective Person" by Steven Covey. Ada yang dah baca? Antara habit tu ialah "be proactive" and "begin with the end in mind." Kalau tak baca lagi, bolehlah cari buku ni.
6. Tuan Hj Abbas menunjukkan kebolehan bermain seksaponnya ala-ala Kassim Selamat dalam cerita Ibu Mertuaku. Tak kurang hebatnya lecturer dr IRKHS Dept mnunjukkan aksi silap mata dan wayang kulit dr Dept AED.
7. Best Teacher Award untuk ICT Dept dianugerahkan kepada Miss Azimah dan Mdm Fuhaina. Congrats to both of you.
8. First time tak bawak Rusydi pergi IEEP. Kesian kat dia, sampai demam sebab rindulah agaknya. Hehehe...

Wassalam.

Sunday, July 19, 2009

Bergurau biar bertempat...

Semalam saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan untuk subjek Computer 1. Peperiksaan bermula pukul 2 petang. Nak dijadikan cerita ada seorang pelajar datang lebih kurang 2.40 pm. Lewat 40 minit, sayapun arahkan dia jumpa dengan course coordinator. Alasannya dia tak tau exam start pukul 2pm sebab kawan-kawan dia kata exam start kul 3pm. Sedangkan kawan-kawan dia semua datang kul 2pm. Kalau nak bergurau atau nak main "Wa Kena Beb" pun janganlah pada benda yang serious dan boleh menggugat masa depan orang. Markah untuk peperiksaan mid-sem tersebut adalah 25%. Memang akan menjejaskan gred.


Adakah alasan tu boleh diterima? Sudah tentu tidak. Notis dah ditampal, lecturer pun dah bagitau dalam kelas. Hmm, kenapalah percaya kawan tu 100&. Sekarang siapa yang susah? Fikirlah sendiri...

Sunday, July 12, 2009

Pesanan buat Pelajar-pelajarku: Dulu dan Sekarang...

Post kali ini ditujukan khas untuk semua student saya- past and present : di Dept ICT dan juga Di Mahallah Khadijah.

Sebagai seorang guru, apa yang diharapkan segala ilmu yang dicurahkan dapat digunakan bukan sahaja semasa menjawab soalan tetapi di dalam menjalani kehidupan kalian.

Sebagai seorang pelajar memang banyak tugasan yang perlu kita lakukan. Assignment pun ada ketikanya bertimbun-timbun dan due date nya pun hampir sama. Begitu juga dengan quiz dan peperiksaan. Masih saya ingat ketika saya belajar di UPM dulu pun sama. Ada ketikanya dalam satu hari ada dua peperiksaan dan takde gap langsung antara setiap subjek. Tiap-tiap hari ada exam. Jadi sebagai seorang pelajar kita haruslah bijak membahagikan masa.

Sebagai seorang pelajar sepenuh masa saya rasa cabaran kamu tak sehebat saya. Bayangkanlah saya juga seorang pelajar tapi separuh masa, maksudnya dalam masa yang sama saya juga seorang pekerja, seorang ibu, seorang isteri dan juga seorang menantu. Sebab bapa mertua saya tinggal bersama saya. Betapa berat tanggungjawab saya. Alhamdulillah saya sudah menghabiskan empat semester pengajian untuk Master degree di UiTM. Sekarang ini saya berada di semester terakhir iaitu menyiapkan thesis saya. Jadi kalau u all rasa susah, assignment banyak, quiz pun tak habis-habis dan sebagainya itulah dia kehidupan pelajar. Kalau saya boleh buat, anda semua yang muda belia tentulah lagi boleh.

Saya rasa cabaran atau masalah yang datang adalah dari diri anda sendiri. Sikap negatif seperti malas, rendah diri, leka, suka buang masa spt chatting, gossiping, shoping, dating dsbnya kenalah dihentikan dan dibuang jauh-jauh. Suntikkan sikap positif seperti rajin berusaha, proaktif, tak cepat putus asa, selalu berdoa pasti akan membuahkan kejayaan.

Takde jalan mudah untuk senang. Kena kerja keras, barulah kejayaan yang kita dapat tu terasa nikmatnya.

Akhirnya untuk pelajarku di CFS sekarang selamat menjalani peperiksaan pertengahan semester. Semoga dibukakan pintu hati, diterangkan hati dan dipermudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan nanti. Amin.

Untuk ex-pelajarku di UIA Gombak selamat kembali. Semoga semester ini anda lebih cemerlang. Wassallam.

Tuesday, July 7, 2009

Sikap Pemandu yang Menguji Kesabaran

Hmm. Hari ni saya balik lewat dan jalan basah menyebabkan kesesakan jalanraya yang teruk. Perjalanan yang boleh mengambil masa 30 minit sahaja kalau tak jem, hari ni mengambil masa 75 minit. Dalam kesesakan tu, macam-macam kerenah pemandu yang benar-benar menguji kesabaran saya. Rasanya bila tiba kat jalanraya, saya memang tak berapa sabar. Sebabnya kalau kita bawak kereta 'bersopan-santun' orang lain akan buli kita. Antara sikap pemandu yang benar-benar menguji kesabaran:

1. Potong q. Bila kita tak bagi masuk, mulalah dia menghimpit kita. Ada sekali tu, masa nak bayar tol, punyalah panjang q, tiba-tiba je ada satu kereta ni potong q nak masuk depan saya. Saya memang dah hilang sabar, sebab kita dah penat 'q' senang-senang je dia nak potong. Saya pun nak cepat. Saya tunjuk gak lah degil. Tak bagi dia masuk. tapi punyalah dia kurang ajar, lagi dia nak himpit kita. At last, saya tersedar buat apalah nak rebut2. Saya bagilah dia masuk. Nampaklah pemandunya seorang lelaki Melayu dan kat belakang adalah stiker pasal Islam. Tapi perangai dia tak menunjukkan langsung keperibadian seorang Islam. Dgn perempun pun nak berebut.

2. Tak bagi signal. Ramai pemandu kat KL ni tak suka bagi signal. Kedekut sangat nak guna signal tu, agaknya kalau selalu guna boleh habis kut. Saya selalu jugak terkejut bila tiba-tiba je ada kereta masuk tanpa bagi signal. Ada pulak kereta bagi signal, tapi tak masuk-masuk gak. Ini pun satu masalah gak. Kita dah perlahankan kereta tapi tak masuk gak. Last-last saya pun pecut je lah. Hehehe...

3. Memandu sambil merokok. Selalunya pemandu jenis ni bawak kereta ikut kepala dia je. Masa dia merokok tu, dia akan bawak slow lepas tu mulalah memecut. Sakit jiwa kalau terpaksa follow.

4. Bawak laju dan tukar lane sesuka hati. Memang bahaya kalau bawak kerata macam ni. Saya yang tengok pun kecut perut. jangan dia terlanggar saya sudahlah.

5.Follow terlalu dekat. Pemandu macam ni memang buat saya tension. Terutamanya kalau yang follow tu lori. Eee. ngerinya.

Alhamdulillah dah hampir dua tahun rasanya saya memandu tak terlibat lagi dengan kemalangan yang teruk. Ada sekali je saya accident. Bergesel dengan lori yang tengah berhenti. hehehe. Salah saya sebab nak cepat. Rasanya boleh lepas, rupanya tak lepas, bergesel ngan lori. Teruk jugaklah kereta saya calar dan berlubang sikit.
Doakanlah saya terus selamat memandu dan dapat bersabar dengan kerenah pemandu2. Bilalah agaknya Malaysia ni dapat melahirkan pemandu yang berhemah...wasallam.

Friday, July 3, 2009

Nostalgia di Penang




Setiap kali saya ke Penang pasti akan teringat nostalgia waktu sekolah dahulu. Di mana kali pertama saya menjejakkan kaki ke Penang mengikut rombongan sekolah. Masa tu, di tingkatan dua lebih kurang dua puluh enam tahun dahulu.(U all can guess my age now...)



Hari tu, slps menghantar rombongan pengantin ke Kedah lebih kurang kul 3 lebih kami sampai ke Bukit Bendera, Penang. Bila abang ipar saya bertanya, "Pernah ke sampai sini?" Saya pun katalah pernah, waktu di tingkatan dua dulu. Ini lah kali kedua sampai di Bukit Bendera.



Tak perasan sangat perubahan kat sini. tapi yang masih tak berubah, rasanya adalah bersesak-sesak kat dalam keretapi tu. Macam naik LRT kat KL waktu peak hours. Tempat duduk yang terhad menjadikan semua org menjadi sungguh 'selfish'. Ada satu ketika ada satu pasangan yang sedang mendukung bayipun dibiarkan bendiri tanpa rasa simpati dari penumpang yang dpt duduk. Penumpang yang duduk tu siap cakap "Siapa cepat dia dapat". Hai, entahlah, di manalah agaknya budi bahasa orang Timur...



Rasanya negeri Pulau Pinang kena fikirkan cara yang efektif untuk mengelakkan kesesakan. Mungkin menambahkan gerabak, atau buat macam kereta kabel kat Langkawi, yang sungguh selesa.



Bercerita pasal nostalgia kat Penang plak, masa pergi ikut rombongan tu sebenarnya adalah kali pertama berpisah dgn keluarga sebab saya tak pernah duduk asrama. Walaupun pergi Penang 3 hari je, famili agak berat nak lepaskan saya. Tapi saya memang nak pergi sangat sebab tak pernah gi jalan jauh, maklumlah famili saya bukan orang senang. Masa saya kecil dulu, paling jauhpun saya gi Chow Kit, pergi makan sate dan beli baju raya. Bila sekolah buat rombongan, puaslah pujuk famili supaya izinkan. Alhamdulillah, akhirnya arwah mak izinkan sebab kawan baik saya, Ina pun pergi. Sebab ada kawan yang dia kenal dia pun izinkanlah.



Masa dalam bas, driver bas pasang cerita Ali Setan. Masa tulah saya berazam nak masuk universiti espcially USM sebab terpersona dgn keindahan USM dan Penang kat dlm cerita tu. Lps dpt je dresult SPM, masa saya isi borang UPU memang saya pilih USM sebagai pilihan. Tapi USM tak pilih saya lah plak. Hehehe...Takde rezeki kat USM.



Balik semula citer rombongan tadi, masa pergi saya tak boleh nak tidur dalam bas sebab tak biasa. Sepanjang perjalanan saya berjaga. Tapi masa balik tak boleh tahan. Mengantuk sangat. Rasanya masa balik bas tu berenti kat Trolak. Semua excited jumpa kak Ogy dan arwah Mustafa Noor. Diorang ada shooting drama. Saya ni yang ngantuk sangat buat tak heran je...hehehe...Tapi bila terkenang balik masa tu memang naif sangat. First time makan nasi goreng nanas, rasanya yang paling sedap saya pernah makan. Sampai sekarang tak jumpa lagi yang sesedap kat Penang.



Lastly nak share gambar anak saudaraku yang cantik jelita, Saira yang baru melangsungkan perkahwinan hari tu. (Biasalah baru je dapat gambar dari kakak ipar tadi, maklumlah takde kamera, hik..hik..). Wassalam.


Wednesday, July 1, 2009

IIUM Educare Sport Day

Hari Sabtu lalu sekali lagi saya ke IIUM Gombak. Kali ini untuk menghantar anak saya Rusydi untuk menyertai acara sukan. Rusydi masuk acara masukkan guli dlm botol. Saksikanlah foto-foto di bawah.


Walaupun kalah, Rusydi tetap ceria. Yang penting semangat kesukanan. Chewah. Rusydi berjaya menyelesaikan tasknya walaupun kalah.

Gembira sungguh dia hari tu. Bebas berlari kemana dia suka. Yang letihnya uminya lah. Nak mengejar si Rusydi itu.


Akhirnya bergambar bersama guru kesayangan Rusydi, Teacher Zaimah.