Friday, December 18, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Hari ini 1 Muharram ?. Tahun? Aduh. Lupa lah plak. Kena check paper dulu. 1 Muharram 1431 rupanya. Kita ni selalu je leka kan. Nasib baik hari ni cuti, kalau tak mungkin boleh lupa hari ni 1 Muharram. Kita asyik leka ngan tahun masehi je.

Semoga tahun ini kita lebih suksess lagi. Azam saya tahun ini nak siapkan master saya. Harapnya dipermudahkan olehNYA.

So tahun baru, background apa lagi tukarlah baru gak. hehehe..maklumlah free. Kali ni saya pilih background yg simple je.

Wassalam.

Saturday, December 12, 2009

Bila Bunga Berkembang...

Sebelum kembang ada 4 kuntum.
Bila kembang tingal sekuntum je. Yg lain rupanya gugur sebelum sempat berkembang.


Bunga apakah ini? Cantik kan... Ada sesiapa yang tau nama saintifiknya? Cik Nana camne?

Nama traditionalnya: kalau tak silap pokok jarum tujuh/tujuh jarum sebab kat batang dia ada duri. Banyak khasiatnya. Daun dia buat ulam. Masa saya mula tanam pokok ni tak taulah pulak yang dia ada bunga. Setiap kali dia berbunga tak sempat nak amik ambar. sebab kejap sangat dia bertahan. Ingatkan serangga yang makan, tapi bila tengok kat tanah rupanya dia berguguran.

Cantik dipandang walau seketika. Terima kasih Allah atas anugerahMU.

Wednesday, November 25, 2009

Hari Raya Korban yang Penuh Dgn Pengorbanan

Wah. sadis betul tajuk entri kali ini.

Sebenarnya taklah besar manapun pengorbanannya. Korban apa tu? Bukan korban lembu, kambing atau kerbau tapi korban


CUTI...

Oleh kerana kampung saya yg dekat je kat Bukit Beruntung, jadi bila ada kawan yg nak tukar duty ngan saya esok: hari Khamis , hari mantai kata orang N.9 sayapun bersetuju jelah. Kesian kat kawan yg kampung jauh. Lagipun cuma raya haji. Tak banyak mana pun preparationnya. Lepas duty esoklah gamaknya baru boleh masak rendang. Nasib baik principal kata boleh balik awal utk masak. Time kacihlah Kak Sa'yah.

Dan sepatutnya duty seterusnya pada hari Sabtu, hari raya kedua. Tapi husband ajak pergi Pontian ada kenduri kahwin. Dimana pula kan kucari ganti...Semua fellow lain dah balik cuti. Nak tak nak terpaksalah ku tukar duty ngan fellow yg bertugas dihari raya. Begitulah ceritanya...Berkorban untuk bertugas di hari raya.

Kepada pelajar-pelajar KC yang ada kat hostel raya korban ni, marilah kita menyambut hari raya korban ni bersama2.

Kepada sesiapa yg baca blog ni dan nak datang rumah, call dulu ya. Kalau tak nanti datang rumah kosong je.

Sebenarnya hari raya korban masih meninggalkan kenangan sedih dalam hidup saya. Hari Raya Korban tahun 2000 saya sambut di hospital kerana menjaga arwah mak yg tenat. Memang sedih sangat. Pada hari raya ketiga mak makin tenat dan dia sendiri yg minta untuk pulang ke rumah. Selepas dua hari di rumah, akhirnya mak pergi meninggalkan saya. Sedih sangat sebab masa mak menghembuskan nafas terakhir kami adik beradik tiada disamping mak sebab semuanya masa tu ada kat dapur. Sebelum tu, mak nampak stabil dan tidur. Sebab tu kami berani tinggalkan emak sekejap. Rupanya mak nak pergi sendiri tanpa ditemani anak2nya. Cuma suami saya dan mak saudara yang ada kat sebelah mak masa tu.

Tapi saya masih ingat masa kat hospital, mak ada kata "mak bersyukur sangat sebab anak2 mak sayangkan mak dan sanggup jaga mak." Mak, maklah yang paling baik. Tentulah kami sayangkan mak. Pergimu tiada pengganti...Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat Allah.

Friday, November 20, 2009

K-Fest


K-Fest or Mahallah Khadijah Festival telah berlangsung dari 16-19 Sept 2009. Program yang berlangsung selama 4 hari bertujuan untuk memupuk ukhwah dikalangan penghuni Mahalah Khadijah disamping untuk mencungkil bakat2 terpendam mereka dlm menjalankan perniagaan, kebudayaan, kesukanan dan juga kepimpinan. Antara program dijalankan ialah ceramah bertajuk "Syoknya Dating", "Cultural Night", Hisbah Sale dan sebagainya.


Banyaklah juga gerai2 yg menjual pelbagai barangan antaranya mnjual baju, tudung, kerepek, rojak buah dan sebagainya. Harganya juga berpatutan. Bagi menyokong program student ni, saya pun adalah gak membeli beberapa helai tudung n baju...hehehe...


Masa Cultural Night pelajar dihiburkan dengan acara dikir barat dari group student diimport khas dari UM. Musolla yg mulanya agak kosong, mula dipenuhi pelajar2 bila diumumkan persembahan "male dikir barat presentation". Rata2 pelajar terhibur dengan persembahan dikir barat yg diselitkan mesej2 yg positif. Seterusnya program diteruskan oleh persembahan dari pelajar.


Sebagai penasihat program ini, saya mohon maaf di atas segala kekurangan/kelemahan sepanjang program ini. Ini pengalaman pertama menjadi penasihat program yg agak besar. Bak kata kawan2 saya macam mak pengantin. Hehehe...dan tak lupa kepada MRC dan hisbah committee yg bertungkus lumus utk menganjurkan program ini. Dan juga kepada pelajar KC yg memberikan kerjasama dlm penyertaan mereka dlm program yg dianjurkan. Kepada rakan2 fellow sekalian, terima kasih di atas sokongan...


Walaupun agak terkilan sebab hisbah saya tarik dari di saat akhir untuk persembahan "Cultural Night" tapi banggalah jugak sebab Ina n frenz dari bilik 139 dapat hadiah no 1 untuk Bilik Terbersih. Tahniah....keep up the room clean ya walaupun dah habis competition...


Akhirnya, acara penutup dilancarkan dan saya diberikan amanah oleh prinsipal bagi merasmikan acara penutup itu. Bila tiba time berucap semua yg ada dlm teks hilang dalam ingatan. Ya Allah...nasib baik tak ramai student. Kena banyak practise lagi ni.Jadi cakap jelah apa yg terlintas dlm kepala. Lega bila K-fest dah berakhir...yg memberiku satu lagi pengalaman dalam hidup ini.

Saturday, November 14, 2009

Selamat Pengantin Baru Jaja...

Hujung tahun semakin hampir, maka musim kenduri-kendara pun bermula. Bermula dari minggu ni hinggalah hujung bulan ni ada saja jemputan. Hari ni, saya dan keluarga meluangkan masa ke majlis perkahwinan dua pupu saya: Jaja. Tak taulah apa nama sebenar dia, sebab dok panggil Jaja dari dulu.
Tau ke dua pupu tu apa? Selalunya sepupu je kan? Hehehe...
Saya dua pupu ngan Jaja sebab arwah mak saya dan mak Jaja adalah sepupu. Jadi anak2 jadilah dua pupu. Nanti anak saya Rusydi ngan bakal anak Jaja jadilah tiga pupu dan seterusnya.

Itulah Jaja dengan suami tercintanya. Kenal tak ngan pengapit pengantin perempuan tu?

Mak Jaja, Angah Zakiah sedang menepung tawar.

Sempatlah posing dengan mak pengantin, ibu saudaraku.


Rusydi sempat posing kat atas pelamin, sebelum pengantin sampai.

Pengantin sedang makan beradab.
Kepada Jaja, Selamat Pengantin baru, semoga kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Saturday, November 7, 2009

Tikar Mengkuang Potluck Party @ Tasik Perdana


Begitulah gerangan nama acara. Untuk mengumpulkan kembali pelajar Sek. Men. Keb. Gombak Setia batch 1988. Memang best sangat. Inilah kali pertama saya dapat join gathering group ni. Ada yg dah tak jumpa lebih 20 tahun. Bayangkanlah betapa lamanya. Selama ni tengok kat dalam FB je muka diorang. Hari ni dapat bertentang mata.

Apa lagi banyaklah citer yg dikongsi bersama. Sampai lupa nak ambik gambar. Utk potluck tu, saya bawak cheese cake durian. Nasib baik sempat ambik gambar sebelum pergi(Gambar kat atas). Memang banyak makanan. Nasi ayam, nasi lemak, salad, popia, kek coklat, karipap, muffin coklat, makaroni bakar, sandwich...Dan banyak lagi. Sebab kekenyangan tak dpt nak rasa semua. Teringat2 karipap sebab nampak cam sedap je.

Ada yg maintain dan ada yg dah berubah. Saya? Oh...Kawan2 saya komen apa? Makan beras cap apa ni? Dulu kecik je skrg dah kembang. Hehehe...Takpelah. Janji sihat n hati senang.

Sunday, November 1, 2009

MMC 09 Part II

Kali ni nak kongsi gambar2 semasa Mahallah Management Course(MMC) 2009 di Dusun Eco. TQ to Azrul for the picture.



Dalam beg tu ada barang amanah: 3 biji telur puyuh yg dimasukkan didalam belon. Tu yg sayang sangat tu. Rasa macam bawak baby pulak.


Saturday, October 31, 2009

Kita Hanya merancang....

Belajar sambil bekerja memang banyak cabarannya. Itulah kesimpulan yang dapat saya buat selepas 5 semester menuntut di UiTM. Cabaran dari tempat kerja, keluarga dan yg utama dari dlm diri sendiri.

Sepatutnya kena hantar thesis on 26 Oct yg lepas. Tapi nak buat camne banyak lagi yg tak siap. Tak laratlah nak rushing2. Takpelah biar lambat asalkan research yg dihasilkan bermutu.(Hopefully). Kita hanya mampu merancang tapi hanya Tuhan yang menentukan. Think positive. So, extend lagilah satu semester untuk siapkan thesis tu.

Semalam semasa gathering engine dept. dapatlah berbual2 dengan rakan2 yg juga sedang menyambung pelajaran.(Lama gila saya lepak kat sana dr 11.15am-12.50pm rasanya). Sebenarnya nak distribute questionnaire untuk lecturer yg guna e-learning. Susah betul nak cari yg guna e-learning kat CFS ni. At last, jumpa sorang je.

Masa borak2 tu, adalah member ni yg semester akhir kat UM. Projek dia dah siap, tinggal exam je. Sebab dia buat coursework basis. Tak yah buat thesis. Seronoknya tengok orang dah habis. Saya? Ada 6 bulan lagi. Saya boleh lakukan!(bak kata Kapten Boleh)

Saturday, October 24, 2009

Bangau oh Bangau!

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus,
Rumput panjang sangat(2x)

Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macamana aku tak panjang
Lembu tak makan aku(2x)

Lembu oh lembu, kenapa tak makan rumput?
Macamana aku nak makan
Perut aku sakit(2x)

Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macamana aku tak sakit
Makan nasi mentah(2x)

Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
Macamana aku tak mentah
Kayu api basah(2x)

Kayu oh kayu, kenapa engka basah?
Macamana aku tak basah
Hujan timpa aku(2x)

Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
Macammana aku tak timpa
Katak panggil aku(2x)

Katak oh katak, kenapa panggil hujan?
Macammana aku tak panggil
Ular nak makan aku(2x)

Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan
Memang makanan aku(2x)

Ingat lagi tak lagu ni? Masa tadika kita selalu nyanyi lagu ni kan? Apa pengajaran yg kita dapat dari lagu ni?

Pengajarannya jangan cari alasan dan tuding jari pada orang lain kalau ada masalah. Contohnya dalam kelas selalu dialog ini kedengaran.

Teacher: Why you are late today?
Student: Overslept
Teacher: Why you are overslept?
Student: My roomate didn't wake me up.

Betul tak? Dah la lambat tapi salahkan roommate pulak. Sepatutnya pelajar tu sendiri boleh set alarm dia sendiri. Betul tak? Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih.

To my student, I hope I didnt hear that dialoge for this semester that will start this coming Monday. Stop "bangauing" as Rizal said(Rizal is the instructor of Neuro Lingustic Programme)

Selamat kembali kepada pelajar2 ku dan selamat mengajar buat diriku dan rakan2 seperjuangan. Wassalam.

Friday, October 23, 2009

Sekadar Renungan:Bersangka Baik


Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

sumber:Taman2Syurga@yahoogroups.com

Tuesday, October 20, 2009

Buta, Bisu dan Tuli...

Kisah ini saya petik dari koleksi Group Taman2 Syurga. Penulisnya tak diketahui tapi adalah seorang lelaki. Kisah mengenai adik penulis, seorang gadis remaja yg mulanya agak nakal tapi akhirnya terbuka hatinya untuk memakai tudung setelah berjumpa isteri jirannya yang dikatakan Buta, Bisu dan Tuli. Kisah yang sungguh menyentuh hati saya. Selamat Membaca....

Beginilah kisahnya:

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".Isteri jiranku : Alhamdulillah. .sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa : Apakah hakikat tudung ?Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah"

Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.Wassalam...

Sunday, October 18, 2009

MMC 2009

Mahallah Management Course(MMC 2009)

I have attend Mahallah management Course 2009 at Dusun Eco Resort from 16 until 18 October 2009. This course was organised for all those who manage mahallah from the mahallah office staff, RMDD staff, fellows and also principals.

Although the facilities in the resort are very basic, I really enjoyed the course. All the outdoors activities like jungle tracking and obstacle are very good. From the activities, all fellows can bound ukhwah and teamwork among us. Salute to Mdm Hazni, 52 years old who also sucesss do the jungle tracking. And for Mdm Rose Haliza who managed to climb the spider web.

The foods also marvelous such as Ikan patin masak tempoyak and kambing golek. The best part, of course durian especially durian tembaga. Very delicous....Overall I enjoyed the course and recharge my energy. Hope I manage to serve as better fellow for another one year.

Wassallam.

Wednesday, October 14, 2009

Majlis Tahlil dan Cukur Jambul


Majlis pada hari ahad lps: 11 October 2009 .
Tempat berlangsungnya acara...Rumah pusaka arwah nenek dan atuk. Kat Parit 7, Sg Besar, Selangor. Sekarang ni 3 orang makcik yang tinggal kat sini. Dlm masyarakat Banjar semua makcik dan pakcik akan dpt gelaran angah. Makcik2 saya ni, saya panggil Angah Amnah, Angah Masiah dan Angah Sauyah.




Rusydi posing kat tempat kegemarannya : tangga. Happy betul dia hari tu. Tak taulah berapa kali dia round naik ikut tangga depan lepas tu turun kat tangga dapur.

Semangat gotong-royong yg masih diamalkan. Masa ni masih awal pagi, tak ramai lagi yg datang.


Majlis Cukur Jambul.


Angah Amnah sedang mendukung cucunya, Rania untuk majlis cukur jambul.

si manja Rania.

Tuesday, October 6, 2009

Bila Blenderku Rosak...

Blender yg digunakan utk mengisar cili dan sebagainya adlh alat yg sangat berguna di dapur. Betul tak tuan2/puan2/cik2 yg rajin ke dapur semua? Bila blender saya rosak semalam barulah saya berfikir betapa pentingnya dan bergunanya blender itu. Manakan tidak, untuk mengisar semangkuk cili sebelum ni, dgn menggunakan blender cuma mengambil masa beberapa saat dan dengan satu jari saje. Tapi dengan batu tumbuk mengambil beberapa minit dan perlukan seluruh tenaga. Berpeluh2 saya lepas menumbuk cili.

Tiba2 saya terfikir sape ye yg cipta blender? Tak taupun kan. Tak glamor macam pencipta telefon: Alexander Grahem Bell. Sayapun carilah maklumat kat internet. Inilah fakta yg saya jumpa.

Pencipta: Stephen J. Poplawski, pada tahun 1922. Berasal dr Poland.

Apa-apapun terimakasihlah kepada Poplawski for a great invention.

Wednesday, September 23, 2009

Rusydi beraya...

Inilah gambar anak bujangku beraksi di malam raya dan di pagi raya. Saksikanlah. hehehe...

Rusydi bersama sepupu-sepupunya dan atuk.

Tak taulah posing apa ni..

Mcm biasalah, gaya ultraman...

Satu lagi gaya ultraman.

Main bunga api di malam raya.

Saturday, September 19, 2009

SMS Hari Raya...

"Dengan ini diisytiharkan hari raya Aidil Fitri pada tahun ini jatuh pada 20 Sept bersamaan dengan hari Ahad", kata penyimpan mohor besar Raja-raja.

Maka selepas itu, berduyun-duyunlah sms yg masuk untuk ucapan hari Raya. Teknologi dah mengubah budaya kita. Kalau dulu, budaya mengirim kad raya sebagai tanda pengganti diri. Tapi sekarang sms melalui handphone dan juga message kat facebook juga sudah cukup.

Kat sini, saya ingin berkongsi sms raya yang saya pernah terima. Ada yang saya simpan dah dua tahun sebab sayang nak buang sebabnya bolehlah recycle balik. hehehe...

Antaranya:

"Katak kenyang lalu tertidur, Gajah pitam lantas terjatuh, Andai tak sampai tangan menghulur, kupohon keampunan dari jauh, Selamat hari Raya, maaf atas segala dosa..."

"Jika kesilapan dulu belum terampun...maafkanlah, jika kesilapan hari ini menyakitkan...harap lupakanlah, jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa sampai ke akhirat...Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin..."

Before things go bad. Before every one leave. Before our time comes. Before the line gets jammed and definetely before raya ends. I wanna wish all Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

And this last sms is very special because in Banjar language.

" Wadai keping kala katar
Gegatas gulungan hayam
Kad hari raya kulir meatar
SMS jadi yam

Siakap si Ikan Pari
Manakan sama siikan patin
Selamat Ari raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin"

To all my readers, Selamat Hari raya dan Maaf Zahir Batin.

Wassallam.

Friday, September 18, 2009

UPM dalam kenangan

Hari Sabtu lepas saya pergi ke UPM untuk cari satu artikel dari Jurnal yg UPM je yg subscribe. Setelah 13 tahun kutinggalkan UPM, here I come. Banyak jugaklah perubahannya. Dan yg kelakarnya, saya boleh lupa kat mana letaknya library. Saya pun buatlah satu pusingan, hehehe...tour nostalgia, tapi masih tak dpt recall kat mana letaknya library. At last saya parking kereta kat tempat kereta pelawat dan jalan kaki utk cari library.

Wah, semakin saya mengingati saat-saat indah di sini. Berjalan kaki ke dewan kuliah, dari Bilik Kuliah Pusat yg kat belah hujung sana ke Dewan kuliah Sains kat sebelah sini. hehehe...jalan kena pantas, kalau tak, dapat duduk saf belakanglah jawabnya.

Nampaklah, Dewan Besar, Bangunan Pentadbiran, Fakulti ekonomi dan pengurusan. And at last, I see the library building. Banyak jugak lah perubahan kat dlm library tu. Makin cantik dan ada banyak perabot baru. hehehe...Yang penting artikel yg saya nak, tu dpt. Terima kasih jugaklah pada petugas library yg sungguh membantu dan peramah.

Nak share, gambar-gambar saya masa kat UPM dulu. You all layan jelah ye...


Ada problemlah ngan Blogspot malam ni. Takleh nak upload gambar lagi. Kalau nak tengok gambar lagi, boleh tengok kat facebook saya. Wasallam.

Monday, September 14, 2009

Carymark Math3 for Group 2

Alhamdullillah, I managed to key-in the carry mark for group 2 today. Although I am on emergency leave today coz my son not feeling well today, while my son is sleeping, I 'curi-curi keluar' go to my office to take your marks file.

So, below is you carry mark. If there is any mistakes, pls see me on 23- 26th Sept and pls bring the prove.

Ok. Selamat berbuka & harapnya dapat beraya dengan tenang lepas tengok carry mark ni. Wassalam.

Friday, September 11, 2009

Carry Mark for Group 1 & 4

This posting is especially to my students from group 1 and group 4. Thousand apologies to group 2. I only managed to settle the carry mark for group 1 and 4 only. Starting from 9.30am, just break for Zohr prayer, I am marking assignment, key-in the marks into Excell and consultation with students. The tedious part is to choose the best five quizzes among 7 quizzes that you have done.Finally at 4pm, while my husband came to pick me up, carry mark group 2 still not finish.

I think, I put all the file and mark for group2 in my bag, so i can do it during weekend. When I checked my bag just now, it is not in the bag. Ya Allah...I think I left in my office. So, group 2, I hope you all can be more patient ya. Bulan Ramadan ni, banyak pahala kalau bersabar. So, group 2, you all have to wait until Monday ya.

I try to link to the excell file, but cannot find the button. So, at last I copy and paste the table to Paint and save as bitmap file and add as image. Hehehe..I hope it is clear. Sorry guys, mdm still new using Blogspot. For group 1, I also upload the file to the yahoo group.
Dear students, pls check your marks. If there is any mistakes, pls see me at my office on 23 - 26 sept, and bring the proof.

Carrymark for Group 1
Carry Mark for Group 4

Selamat berpuasa, dan seterusnya beraya bersama keluarga tercinta. Dan juga lupa...study...Wasallam.

Wednesday, September 9, 2009

Demi Masa

Demi masa
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
Kecuali orang yang beriman dan beramal salih serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Masa begitu pantas berlalu. Hari ni 09.09.09. Nombor yang cantik sekali. Kalau bukan bulan Ramadan, rasanya ramai yang nikah hari ni, untuk mengabadikannya tarikh tersebut dalam hidup mereka. Bagi saya, saya akan mengingati hari ini, dengan menulis posting ini. Walaupun sibuk dengan kerja yang bertimbun, saya curi juga masa untuk menulis posting pada hari ini 09.09.09.

Nombor sembilan adalah nombor bertuah bagi orag Cina. Saya juga berharap begitu. Dateline untuk menghantar thesis yang semakin hampir, quiz dan assingment student yang perlu ditanda. Carrymark...wa banyaknya kerja...Saya berazam pada hari ini , 09.09.09 untuk mengunakan masa dengan seefisyennya. Dan doakanlah saya diberikan ilham untuk menulis thesis saya dan dapat menyiapkan segala tugasan saya.

Saturday, September 5, 2009

Lepat Pisang Berinti...

Hari ni tak tau nak masak apa untuk berbuka. Belek-belek majalah Rasa masih takde yang berkenan. Tiba-tiba teringat kuih lepat pisang berinti...

Kuih ni memang kuih favorite masa saya kecik. Saya akan beli dari Makcik Rahmah yang duduk kat belakang rumah. Sampai sekarang tak jumpa lagi yang sesedap kuih lepat Makcik Rahmah.

Saya pun google kat internet cari resepi kuih lepat pisang berinti. Jumpalah kat internet resepi ni. Tengok gambar, nampak sedap kan.


credit to: http://nabialish779.fotopages.com/?entry=929395

LEPAT PISANG BERINTI Bahan untuk inti: 1 cawan kelapa parut putih 1/2 cawan gula merah/gula melaka 1/2 cawan air 1 helai daun pandan [simpulkan]

Cara: -Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali(kalau bleh non-stick pan)1. -Masak campuran bahan tersebut hingga masak atas api yg sederhana-agak2 likat. -Sentiasa dikacau supaya campuran tidak hangit. -Setelah masak ketepikan sementara sediakan lepatnya.

Bahan Lepat 2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek. ,1 cawan tepung gandum 2 s/b santan pekat 2 s/b gula 1 s/b tepung jagung. garam daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara 1. Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk adunan dan gaulkan semua bahan supaya sebati. 2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang-Seterusnya letakkan dlm sesudu inti kelapa td .Tutup kembali dgn sesudu lg adunan pisang-agak2 laa ye..Lipatkan. 3. Kukuskan selama 15-20 minit. 4. Sejukkan dan hidangkan.

Jap lagi nak pergi pasar malam. Nak cari pisang dan daun pisang. Wasallam.

Sunday, August 30, 2009

Usiaku bertambah setahun lagi..

30 Ogos datang lagi dan bertambahlah setahun lagi umurku. Ulang tahun kelahiranku yg ke 3..? hehehe. Tekalah sendiri. Dah ke penghujung 30an.

Sambutan harilahir bukanlah tradisi bagi keluargaku. Masih ku ingat semasa kecil, tak pernah ada apa2 majlis semasa hari lahir. Takde potong kek. Tapi itu bukan masalah kerana keadaan keluargaku yg susah, aku faham dan reda .

Tahun ini sambutannya amat sederhana sahaja tapi amat bermakna buatku. Kenapa? Semua adik beradik dan bapa datang berbuka puasa di rumahku. Walaupun tiada kek harijadi(dah dpt sponsor tapi ada masalah teknikal lah pulak) tapi suasana sungguh meriah. Gamat jugak lah rumahku dgn gurauan adik-beradik dan anak-anak saudara sambil menatap album lama.

Kat bawah ni adalah gambar sambutan harilahir yg pernah saya rasai, "Surprised birthday". Masa ni baru je kerja kat Kolej Chermai, Negeri Sembilan, rasanya tahun 1998. Birthday party yg diorganize oleh student2 saya dgn kerjasama my husband. Masa tu kami duduk kat kuarters staff. Memanglah close dgn student. Adalah beberapa org student nak tumpang masak laksa kat rumah saya. Saya no hal. Setakat nak tumpang dapur, apa salahnya. Sambil tu bolehlah gak tumpang belajar.


So student saya tu pun masaklah laksa tu. Bila dah siap diorang pun hidanglah dan suruh saya tukar baju paling cantik. Wah, apahal lah plak. Selama ni baju yg saya pakai tak cantik ke? Hehehe..saya ckp dlm hati je lah. Tapi saya ikutkan lah jugak. Bila saya keluar je, rupanya ada kejutan, kedengaranlah lagu "Selamat Hari Jadi". Wah terharu sungguh. Terima kasihlah anak-anak muridku. Tak taulah kat mana diorang sekarang. Dah lost contact. Saya doakan diorang berjaya didunia dan di akhirat.

Bersama student2 tersayang. Sayangnya dah lost contact. Kalau ada sesiapa yg kenal diorang ni, bolehlah contact saya.

Dah dewasa, baru merasa tiup lilin. hehehe...

Friday, August 28, 2009

Perkara yang dirindui di bulan Ramadan

Sejak berjumpa balik ngan kawan-kawan sekolah kat facebook, saya suka mengelamun kenangan silam. Tengok balik album lama dan belajar camne nak scan gambar dan publish kat facebook. Memang banyak betul kenangan manis masa zaman persekolahan.

Sempena bulan Ramadan ni,kali ni saya nak berkongsi perkara yang amat saya rindui di Bulan Ramadan.

1. Bertukar-tukar juadah ngan jiran. Contohnya arwah mak masak bubur kacang satu periuk. Kami adik-beradik ditugaskan untuk menghantarnya ke rumah jiran. Pastu jiran akan balas balik dgn juadah diorang. Akhirnya bila bukak puasa penuh meja dengan pelbagai juadah. Dulu mana ada bazar Ramadan, semua masak sendiri. Tapi sekarang beli kat bazar ramadan je dan jiran pun tak bertegur sapa dan jarang-jarang jumpa. Semuanya busy.

2. Sembahyang terawih kat surau. Sejak ada anak ni, dah 3 tahun tak sembahyang terawih kat surau. Anak kecil lagi, takut ganggu jemaah lain. So sembahyang lah terawih sorang-sorang kat rumah.

3. Buat kuih raya ngan adik-beradik. Masa kecik dulu kami adik beradik akan bergotong royong tolong mak buat kuih bahulu. Lepas sahur je, dah start pukul telur. Wo, penat. Tapi seronok. Setiap orang akan ambik turn pukul telur. Rasanya lama jugak dalam 2-3 jam jugak pukul telur tu sampai kembang. Bila dah kembang, tugas membakar arwah mak yg buat. Biasanya petang baru siap.

4. Main bunga api dan mercun. Hehehe...sekarang ni Rusydi lah pulak yg seronok main.

Apa lagi ya? Hehehe..setakat tu jelah kut. Nanti kita sambung pulak ngan kuih-kuih/juadah2 yg dirindui pulak.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadan

Selamat Menyambut Ramadan kepada pengunjung blog ni yang beragama Islam. Alhamdullillah Ramadan datang lagi dengan penuh keberkatan. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemunya lagi kali ini. Kali ini nak berkongsi sajak yg diforwardkan oleh sahabat saya Kak Norma dari yahoo group Taman2 Syurga. Sajak berkenaan Andai ini Ramadan Yang Terakhir. Bila baca bolehlah ikut melodi lagu Andai Ku Tahu dari Kumpulan Ungu.

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA
Tuhan yang satu
andai kau tahu
ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu
kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .
sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...
bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji"
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan denganbertarawih.. .berqiamullail.
..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"
sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akhir kalam, andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
maafkanlah segala pertuturan dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan, terguris hati dan sebagainya...memang tak pernah berniat begitu..tapi kita hanyalah insan yang kerdil di muka bumi ini yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Wassalam.

Saturday, August 15, 2009

Misteri Kehilangan Cermin Mata

picture from:http://ibnasmuni.blogspot.com/

Wah. Post kali ni macam tajuk cerita Enid Blyton yang saya suka baca masa zaman sekolah rendah dulu. Ada sesiapa yang suka baca gak? Cerita Lima Penyiasat dan anjing. Dimana ketua kumpulannya dipanggil Gemuk dan ahli-ahli yg lain Samy, Seroja, John dan Marie kalau tak salah. Ada banyak jugaklah tajuk yg saya baca seperti Misteri Kucing Hilang, Misteri Kucing Pentomin, Misteri Jalan Inai dan banyak lagilah tapi dah terlupa tajuk. Maklumlah dah lama hidup...

Sebenarnya nak cerita pasal cermin mata yang hilang sejak hari Rabu lepas. Dah puas cari satu rumah tapi tak jumpa jugak. Sebab tulah saya panggil satu misteri. Memang pelik bin ajaib...

Takkanlah pencuri nak curi cermin mata je, atau kena bawa lari ngan tikus...Memang tak logik.

Tanpa cermin mata memanglah susah. Cubalah bayangkan kalau kita drive dalam hujan. Tak nampak pemandangan di hadapan. Macamlah tulah orang rabun yang kehilangan cermin mata. Nasib baik ada cermin mata lama, walaupun dah buruk dan calar tapi masih boleh membantu.

Dan akhirnya pada pukul 9.15 pm tadi, misteri terungkai. Rupa-rupanya cermin mata tu tersorok kat celah-celah buku. Pelik jugak macam mana boleh ada kat situ? Mesti ada orang sabatoj ni. Hehehe....

Jadi kesimpulannya, jaga cermin mata elok-elok. Cermin mata lama janganlah dibuang. Waktu emergency masih boleh diguna. Dan yang penting, bersyukurlah dengan kurniaan mata dari Allah. Jagalah penglihatan kita...


Sunday, August 9, 2009

Hagemaru vs Fukuchan

Kedua-dua anime ini adalah kegemaran anak saya. Ini adalah review saya antara kedua-duanya.


Ini adalah Hagemaru. Kisah budak yang kedekut. Identitinya adalah rambutnya yang botak. Dia mewarisi sifat kedekut tu dari ibubapanya. Kawan sekolah dia adalah Kondo yang selalu terkena dengan Hagemaru. Kondo pula adalah budak lelaki yang hensem dan punya ibubapa yang kaya dan baik. Tak banyak moral yg dapat dipelajari dari cerita ni. Hanya hiburan semata-mata.



Ini pulak adalah Fukuchan. Budak yang comel. Identitinya adalah memakai terompah, bertopi dan pipinya yang merah. Banyak jugak moral yang boleh dipelajari dari cerita ini. Antaranya dalam episod Sumo, moral yang dipelajari adalah jangan cepat berputus asa. kalau berusaha bersungguh-sungguh pasti kita akan berjaya.


So, antara kedua-duanya saya lebih suka Rusydi menonton Fukuchan kerana ceritanya yang banyak unsur nasihat.


Wasallam. Penggemar Fukuchan...



Saturday, August 8, 2009

Hisbah Asma Abu Bakar Family Day


Sebagai seorang fellow di Mahalah Khadijah, kami diberikan sebilangan pelajar di bawah jagaan kami. Biasanya mengikut level dan dipanggil hisbah. Mahalllah Khadijah ada 9 level, maknanya ada sembilah hisbah. Saya adalah fellow bagi level 1 iaitu dinamakan hisbah Asma Abu Bakar. Gambar kat atas adalah mural kat lobby level 1.

Alhamdullillah, pagi tadi kami telah mengadakan 'Family Day' bagi hisbah kami. Acara bermula pukul 7.30 pagi dgn acara aerobik dan sukaneka. Ada banyak program berlangsung hari ni, LTC utk MRC, muhabbah day for AED student, talk for HMS students and ada jugak student yg MC dan balik kerana hal keluarga. Rasanya cuma 50% yang datang. Takpelah dari takde. Yang bestnya, yg tinggallah. Sebab hadiah yg banyak, paling sikit 1 hamper bagi setiap kumpulan yg masuk termasuklah satu hamper untuk anakku, Rusydi. Thank you to committee.

Rusydi pun seronok gak. Walaupun kami datang terlewat,sukaneka dah habis, tinggal explorace je, Rusydi seronok je lari-lari main belon, sampai pecah. Dia pun tolong kutip belon-belon yg pecah tu. Cam tu lah anak umi...Hehehe...

Explorace habis kul 12 pm. Dan kami berkumpul di bilik TV untuk acara penyampaian hadiah dan makan. Saya rasa semua yg datang happy dan dapat mengukuhkan ukhwah antara mereka. Program seterusnya adalah 'Know Your Neighbors'. Program untuk student mengenali jiran mereka dan menilai kebersihan, kekemasan, keramahan jiran-jiran mereka. Program berakhir hari Jumaat depan. Harap dapat sambutan dari pelajar-pelajarku...Wassallam.


Tuesday, August 4, 2009

Gambar Sekolah


Hari ni bila bukak facebook ada kawan yg dah scan gambar masa form 4 dan form 5. Mari kita main "cari saya." Hehehe...

Ini kelas 4 Kejora

Dah jumpa? Sila tinggalkan jawapan anda di ruangan komen.

Wassallam.


Monday, August 3, 2009

Kenangan Terindah

Bila saya join facebook tak salah start bulan May hari tu, matlamat utama nak jumpa balik kawan-kawan sekolah dulu. Saya pun taip nama sekolah tapi tak jumpa sorang pun. Pelik jugak. Tak kanlah dlm ramai-ramai tu takde yg guna facebook.

Sehinggalah hari Jumaat lps, ada sorang ex-classmate yg add saya. Dari situ jumpalah beberapa orang kawan-kawan lain. Memang excited. Ada yg maintain dan ramai yg dah mengembang, termasuklah diriku ini. Hehehe... Dan bila saya bukak album lama, Ya Allah memang banyak sangat berbeza. Ada sorang kawan yg komen, hampir tak mengenali saya. Memangpun, bila saya tengok album lama, saya pun dah tak boleh cam yg mana satu saya. Nantilah bila ada kesempatan saya scan dan upload gambar tu. Pastu bolehlah buat peraduan "Cari saya?" hehehe...

Zaman sekolah menengah saya rasa zaman yg paling manis. Teristemewa masa saya form 1. Masa tu, ramai yang dah masuk asrama, tinggallah pelajar-pelajar sederhana je. So jadilah saya pelajar terbaik di kalangan pelajar sederhana tu. Bila test atau exam mesti dapat nombor satu. Yang bestnya perhatian dari cikgulah. Apa-apa pun cikgu akan panggil saya. Sampai nak tentukan no kelas pun cikgu mintak tolong saya. So saya antara orang yg awal tau kedudukan dalam kelas. Sebenarnya perhatian guru antara motivasi awal saya untuk belajar lebih rajin.

Banyak jugaklah kenangan manis masa sekolah dulu. Cinta monyet? Tak pernah. saya jenis skema. hehehe. Tak caya? Betul. Cuma pernah suka kat sorang senior tu, tapi kupendamkan saja. Hehehe..suka tapi malu.

Nak cerita satu kenangan lucu masa form 4. Masa form 4 saya dalam aliran sains dan nama kelas berdasarkan bintang. Nama kelas saya 4 Kejora. Kelas kami kat atas makmal Sains Rumah Tangga dimana kat makmal tu ada dapur gas. Masa tu musim durian. Disebabkan saya ada dusun durian, kawan-kawan baik saya Ijan dan Hendri suruhlah saya bawak durian. Saya pun letaklah durian tu dlm tupperware dan bawaklah ke kelas. Sebab tak bawak banyak, saya tak bagitaulah org lain.

Sementara tunggu cikgu masuk klas, saya pun bukaklah tupperware tu. Apalagi semerbaklah baunya. Tiba-tiba ada yang cakap, eh ada bau gaslah. Saya pun cepat-cepatlah sorokkan tupperware tu. Ada sorang budak lelaki tu bergerak pantas gi kat makmal kat bawah nak tengok kalau ada gas yg bocor. Tapi tak ada. Kami bertiga rasa nak gelak tapi terpaksa control nanti pecah pulak rahsia. Nasib baik takde yg syak bau durian. Bila time rehat kami ketawa sepuas-puasnya dan makanlah durian tu. Bukan kedekut tau, tapi durian tak banyak masa tu. Hehehe...nakal gak saya masa tu ya.

Masa begitu pantas berlalu. Dah 21 tahun saya mengambil SPM. Masih saya ingat first day saya ke sekolah. Very excited. Pukul 8 malam saya dah tidur. Bila saya bangun terus nak mandi, tapi sebenarnya baru pukul 11 malam. Hehehe...

Ada kawan sekolah yg lost contact langsung.Tak pernah jumpa lepas SPM. Maksudnya dah 21 tahun tak jumpa. Ada yg ingat nama tapi dah tak boleh recall muka, ada yg ingat muka, tapi tak ingat nama. Memang dah tua saya ni. 15 hb Ogos ni, diorang nak buat gathering. Tapi sedihnya tak dapat nak attend sebab ada kursus fellow kat Ulu Bernam. Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan oleh Allah dan semoga suatu hari nanti dapat juga saya bertemu dengan kawan-kawan lama saya itu.

Wassallam.

Saturday, August 1, 2009

Stiker kat kereta

Salam semua. Terima kasih lah yang baca blog ni. Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi masa tidak mengizinkan. Minggu ni memang sibuk sangat sebab ada appoinment ngan supervisor on Tuesday. Sepatutnya dah siap key in data dlm SPSS. Tapi sebab tak mahir SPSS n tak sure nak buat camne, saya pun tak siaplah. So bila jumpa supervisor apa lagi, kena soundlah. Heheh...takpe. mmang salah saya. So malam Selasa tu, saya bertungkus lumus siapkan key in data sampai malam. Hari rabu jumpa balik supervisor. Settle. Masuk ke fasa analisis plak. Next appoinment is next Thursday. Maksudnya kena siapkan sebelum Khamis. Tak nak kena marah lagi...

Sebenarnya hari ni nak citer stiker yang ditampal kat belakang kereta. Al-kisahnya hari Khamis lepas, masa drive nak ke office, adalah satu kereta MyVi kat depan saya. Dan ada satu stiker kat belakang kereta tu yang menarik perhatian saya. Stiker tu lebih kurang tertulis begini. "I am lost, please take me home". Saya pun terfikirlah. Perlu ke, stiker camtu? Tak kanlah hari-hari lost? Hehehe..Lu pikirlah sendiri.

Ada juga stiker yang promete laman web. Yang ni rasanya oklah kut. Sebab sambil menyelam minum air.

Kereta saya camne plak? Masa mula2 grade dulu, ada lah gak tampal stiker UPM. Kononya nak menunjukkan kita grade dr UPM. Sekarang taklah. Tak baik riak...Hehehe..Sejak ada anak ni, kat belakang kereta cuma tampal stiker 'Kid in the car". Harap-harap orang belakang pahamlah. Kalau saya memandu terhegeh-hegeh tu, maksudnya tengah melayan kerenah anaklah tu. Rusydi memang tengah lasak sekarang. Tak tau duduk diam dlm kereta. Nak susu lah, nak biskutlah, kadang-kadang ketuk kepala lah, tarik2 tudunglah. Memang mencabar memandu bersama anak ni. Boleh pakai tali pinggang pun rasanya paling lama 2 minit. Kalau tak tanggalkan, dia dah pandai melepaskan diri. What a brilliant kid. Kalau nak break pun kena pelan2, kalau tak jatuhlah Rusydi tu, rasanya adalah 2 kali jadi camtu.

Satu lagi stiker adalah stiker radio era. Saya dapat masa skot era datang ke taman perumahan saya. Walaupun dah jarang dengar Era tapi stikernya tetap kat situ.

Hmm. So, sebelum tampal stiker kenalah fikir kewarasannya. Kalau menimbulkan syak wasangka orang baik tak payah tampal.

Wassalam.

Saturday, July 25, 2009

Corat-coret IEEP '09

Semua tenaga pengajar CFS diwajibkan menghadiri program Islamic Enhancement and Evaluation Programme(IEEP)'09 di Avillion Admiral Cove Resort pada 21-23 July yg lepas.

Bila semua student tengah cuti, tenaga pengajar pergilah berkursus, 'sharpen the saw'. Antara corat-coret IEEP kali ni:

1. Avilion Admiral Cove Resort sebelum ini adalah sebuah club house dan marina. Jadi ada banyak kapal layar dan bot yang berhibernasi. Cantik sangat. Macam-macam nama ada. Antaranya "Janda Baik".
2. Roommate ku Ayu dan group seperti selalu memenangi 2 pertandingan: Masa Ice-Breaking dan De-Stress Activity.
3. Shower gel dan syampoo tidak dibekalkan pada setiap bilik. Hanya ada 2 ketul sabun je. Bila saya call housekeeping katanya tiada dalam pakej. Sabar jelah...
4. Ceramah dari Dr Latif sungguh meninggalkan kesan. Dr banyak tunjuk gambar kat Iraq, betapa gigihnya kanak-kanak di sana. Walaupun perang di sana-sini mereka masih mengutamakan pelajaran. Wahai anak-anak muridku, diharapkan saya tak kan dengar lagi alasan tak datang kelas sebab overslept sebab pelajar di Iraq, walaupun kelas mereka baru saja musnah di bom mereka tetap meneruskan kelas di padang.
5. Dua orang penceramah sebut pasal "7 habit of Highly Effective Person" by Steven Covey. Ada yang dah baca? Antara habit tu ialah "be proactive" and "begin with the end in mind." Kalau tak baca lagi, bolehlah cari buku ni.
6. Tuan Hj Abbas menunjukkan kebolehan bermain seksaponnya ala-ala Kassim Selamat dalam cerita Ibu Mertuaku. Tak kurang hebatnya lecturer dr IRKHS Dept mnunjukkan aksi silap mata dan wayang kulit dr Dept AED.
7. Best Teacher Award untuk ICT Dept dianugerahkan kepada Miss Azimah dan Mdm Fuhaina. Congrats to both of you.
8. First time tak bawak Rusydi pergi IEEP. Kesian kat dia, sampai demam sebab rindulah agaknya. Hehehe...

Wassalam.