Saturday, June 27, 2009

Selamat Menyambut Rejab

Hari ni 4 Rejab 1430H. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut bulan Rejab, bulan Allah. Maknanya tak lama lagi kita akaan menyambut Sya'ban dan seterusnya Ramadan. Hmm, siapa yg tak ganti puasa lagi tu, cepat-cepatlah ganti. (Hehehe..termasuklah saya lah gak. Ada 2 hari lagi tak ganti.)Di sini saya sertakan kelebihan bulan Rejab. Sumber dr email kiriman Kak Norma. Thanks again Kak Norma.

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini.......... BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adal.ah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt .
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat .
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah .
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga .
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Itulah antara kelebihan Bulan Rejab. Marilah kita sama-sama merebutnya...Wassallam.

Wednesday, June 24, 2009

Perjalanan ke Kedah + Penang

Pada Jumaat lepas 19 Jun, saya dan keluarga mengikut rombngan pengantin ke Bandar Baru, Kedah. Pengantin, bernama Saira adalah anak saudara perempuan sebelah suami. Masih teringat kali pertama bertemu dgn Saira, dia baru berumur 6 tahun. Wah cepat betul masa berlalu.

Kami bertolak pada pukul 9 .45 pagi dan sampai ke destinasi lebih kurang kul 2.30. Lebih kurang lima jam perjalanan. Alhamdullillah perjalanan lancar. Kami berehat sekejap di RnR Tapah. Kami bermalam di AniSanni Village Resort yang berhampiran dgn rumah pengantin lelaki. Sebelah petang kami pergi mandi air terjun, alamak lupalah nama air terjun tu. Rusydi lah yg excited sangat.

Sebelah malam kami pergi ke rumah pengantin lelaki untuk acara marhaban. Malangnya program terpaksa di tukar ke acara tahlil, kerana ada seorang penduduk kampung yg meninggal pada ptg tersebut. Kesian betul. Allahyarham yg bekerja di kilang meninggal kerana terbakar terkena api sewaktu sedang membuat 'welding'. Allahyarham di kebumikan pd malam tersebut juga kerana mayat dah berbau.

Makanan pd malam tu, memang best. Ikan sungai masak lemak cili api campur belimbing buluh. Ada banyaklah lauk lain. Tapi lauk tu yg saya layan sebab susah nak cari kat KL. Dan satu lagi ikan pekasam. Memang best.

Seterusnya pada hari Sabtu, acara sambut menantu. Takde sanding cuma makan beradab je. dapatlah makan ayam panggang + makanan lain yg meriah kat meja pengantin. Sayu jugaklah nak tinggalkan Saira kat situ. Biras saya(Mak Saira) pun lagiklah sedih. Nak berpisah ngan anak kesayangan. Tapi itulah lumrah kehidupan.

Oleh kerana dah dekat ngan Penang, semua ahli rombongan setuju nak konvoi ke Penang plak. Masa tu dah kul 2 lebih. Maka kami pun bertolak ke Penang. Yang tu saya citer lain kali ya. Tak sempat nak citer sekarang. Wassallam.

Wednesday, June 17, 2009

sakit mata

Pagi ni bila bangun tidur, kulihat mataku agak merah dan berair. Pemandanganku pun agak kabur. Oleh kerana kerja yg banyak, terpaksalah kerja jugak.

Sampai di ofis hari ni kul 10.07 pagi. Terlewat 7 minit. Biasalah nak menyiapkan anak bujangku Rusydi. "Tak nak sekolah, Rusydi nak tengok tv." Itulah alasannya. Walaupun baru 3 tahun tapi dah pandai nak ponteng sekolah. No way. Mak awak ni cikgu ya, jangan nak ponteng-ponteng!!!Puaslah memujuknya, akhirnya kul 9.09 baru gerak dari rumah. Sampai main entrance kul 9.50pagi. Oklah pagi ni jalan tak jem sangat. Tak macam hari Isnin lepas dimana saya mengambil lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke ofis. Fuh..lenguh kakiku...

Pastu gi breakfast dan prepare tuk klas kul 11. Mata masih merah dan berair. Takut jugak berjangkit kat students. Tapi teringat pesan dr satu ketika dahulu dimana sakit mata tak kan berjangkit kalau kita lihat pelajar2 kita. Tapi dia akan berjangkit kalau kita sentuh mata dan pastu bersentuhan dgn pelajar. So tak bagilah student salam tangan saya hari ni. Habis klas hampir kul 1. Rasanya klinik dah tutup. Saya plan gi kul 2 nanti. Kul dua cuma consultation hours je, selalunya awal2 ni, takde student yg dtg.

Kul 2 ada bunyi orang ketuk pintu, rupanya ada student nak tanya soalan. Tak sampai hatilah nak reject. Hehehe...Akhirnya jam dah kul 2.50. Mana sempat nak gi klinik sebab kul 3 ada klas lagi.

Klas yg sepatutnya 2 jam terpaksa saya habiskan awal. Kul 4.30 saya dah lepaskan diorg dan perkara yg sama saya cakap kat my students. "Hari ni saya sakit mata, tak yah lah salam tangan saya". For my surprise, students saya group ni memanglah brutal. "Takpe mdm, nak salam gak, biar kita sakit mata sama-sama". Hehehe...biar betul. Dan dengan selambanya mereka salam tangan saya tanpa takut dijangkiti sakit mata. Hai...budak-budak ni, macam-macam hal.

Kul 5 saya ada klas lagi. Ada 30 minit lagi. Sempat ni. Nasib baik tak ramai kat klinik. Dr cakap ada 'pimple' kat kelopak mata sebelah kiri saya. Dr pun bagilah eyedrop n krim. Dan sakit mata ni tak berjangkit...Alhamdulillah. takut jugak students saya yg brutal2 tu berjangkit plak. Hehehe...It takes two or three days to recover, said the foreigner doctor. Ok doc, asalkan tak berjangkit. Kalau tak kena kuarantin dan melepas lah nak gi jalan ke Kedah hari Jumaat ni. nak tau apa saya buat kat Kedah? Tunggu citer selanjut...Wassallam.

Wednesday, June 10, 2009

Fokus. Kerja, kerja,...

Dikepala ni terngiang-ngiang lagu kerja, kerja dari M.U.H.

Manakan tidak. Student baru dah masuk, kelas dah bermula maka bertimbunlah kerja. Ditambahkan lagi research untuk master thesis yang juga baru bermula. Itulah kehidupan sebagai guru dan pada masa yang sama sebagai seorang pelajar.

Pertemuan dengan supervisor semalam juga agak membakar sedikit semangat saya untuk memulakan research saya. Sepatutnya smlm kami dah pilih soalan untuk questionniare tapi kerana literature review tak lengkap lagi, kena lah tangguh dulu.

Saya dpt lihat kekecewaan supervisor saya kerana saya pun guru. She aspect more from me. Forgive me, Dr Yani. After this I will focus and try my best to follow the schedule. My supervisor is very kind person. After this, kalau saya takde mood lagi, saya akan cuba bayangkan wajahnya supaya saya dapat semangat kembali.

Rojak betul bahasa saya hari ni. Untuk adikku Elyas, harap faham apa yang angah tulis ni.

Tuesday, June 2, 2009

Saya ditag pula oleh Ayu Arjuna


1. Copy badge “Blogger Friendship Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Ayu Arjuna. Roomate ku di ofis yg slim dan aktif macam lipas kudung. Hehehe... Rajin masuk contest dan selalu menang. Tu yg kadang2 terpengaruh gak ngan dia. Nak menang gak...Rajin memasak untuk familynya. Di anugerahkan 3 putera dan seorang puteri. Suka shopping & tengok wayang.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

a. suka membaca novel esp by Norhayati Berahim & Ramlee Awang Mursyid.
b. berangan nak jadi Professor. Hehehe...tapi tak taulah tahun bila.
c. radio yg didengar sekarang Radio Ikim
d. sedang sambung master secara part time kat UiTM
e. seorang yang penyabar. cewah...
f. teringin sangat nak belajar berenang
g. suka mengajar
h. baru je drive, so masih tak expert. selalu je kena buli kat jalanraya.
i. tak pernah lagi naik kapal terbang. Ada sesiapa nak sponsor?
j. minat Matematik sejak sekolah rendah lagi. hehehe. sebab tulah jadi Cikgu Math.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda:
6 ke? Alahai 3 orang boleh ya? Bolehlah. bolehlah...Pls
1) raihana - my ex-student. Cik nana, mdm tag awak plak. jawab ye. jgn tak jwb.
2) taro- nama sebenar athirah shaharudin. (betul ke spelling? kalau salah sorry. dah lama sgt , rasanya dah 3 tahun dia pergi main campus) also my ex-student dan follower blog saya. Jawab ye taro. Mdm takdelah blog awak. Kalau awak baca boleh tinggalkan link kat shout box.
3) amir - husband my officemate. Sebab dia takde blog taglah husband dia. Ni homework kedua ya. Yg pertama ari tu, biar echah jawab. Yg ni awak jawab ya. Jgn marah...

Monday, June 1, 2009

Rusydi's activity

As usual, Rusydi will post ultraman when I took his picture. This pictures was taken last Sunday.


Last Sunday also, we went to a birthday party. The birthday boy was Dharwish, the son of my nephew, means rusydi's nephew. Rusydi is two years older than Darwish, I think the youngest 'uncle' in the family. My nephew also invited mascot from Mc'D but not Ronald Mc Donald, I am not sure the name of the mascot.

Rusydi was very excited when met the mascot. You all can look at his smile.



Another Rusydi's activity during the weekend. Learning to ride bicycle.

Abstract of My research



Itulah abstract saya untuk seminar bulan December nanti, kalau approvelah. Saya akan present pasal pilot study saya dulu, sebab kena hantar report bulan July nanti. Tapi tulah, still not on the mode yet.Buku dah seminggu pinjam but still on the first page. Lambat betullah panas saya ni. Slow betul. Baru masuk gear satu je. Research saya pasal blended e-learning.

Doakanlah saya dapat siapkan research saya ni. Amin...