Thursday, January 12, 2012

Ungkapan Indah Sahabat

Hari ni masa mengemas planner, terjumpa kata2 yang indah kiriman sms sahabat. Biasanya saya sayang nak delete sms begini, tetapi disebabkan memori telefon yg terhad, terpaksalah didelete jugak. Tapi sebelum tu, saya akan menyalinnya di dalam planner/diari. Saya kongsikan disini ungkapan tersebut:


Ada gula Ada garam

Kuih Keria Kueh Apam

Nasi Lemak Pantai Dalam

Buah Dadu Buah Pelam

Kapal Terbang Kapal Selam

Jangan Marah Jangan Geram

Saja Nak ucapkan Selamat Malam


Ingat lagi masa terima sms ni tersenyum saya memanjang...


Dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris:


Days are too busy

Hours are too few

Seconds are too fast

But there is always

a time for me to ask...

How are you?

And hope you are fine.


So, walaupun sesibuk manapun kita, luangkan masa bertanya khabar buat insan2 tersayang. Wassallam.

Saturday, January 7, 2012

SELAMAT TAHUN BARU

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru.

Hampir lapan bulan blog ni tak berupdate. Umpama rumah yg ditinggalkan penuh dgn sawang. Sebenarnya ada juga buka blog dan baca comment kat shout box n jadi silent reader blog kawan2. Macam2 dah berubah ya. Gambar follower pun dah tak keluar. Ada sesiapa yg tau camne nak check follower list? Shout box pon dah tak bagi free service lagi. Hai tak dptlah baca komen dari pengunjung 'blog walking' lagi.


Entahlah. Bila dah habis siapkan correction master hari tu n viva dan alhamdullillah konvo pada October lepas, masih takde mood nak update blog. Banyak benda nak citer n share tapi mungkin masa yang tak sesuai. Satu lagi kena berebut laptop ngan 2 of 'my hero' kat rumah ni. Sape lagi kalau bukan my hubby and cute son.

Menyingkap tahun 2011, rasanya tahun yang sungguh bermakna. Selepas 4 tahun berjuang menyiapkan master akhirnya segulung ijazah sarjana dapat ku genggam pada 20 October lps. Terasa macam mimpi akhirnya ijazah ini milikku jua. Yang manisnya menerima ijazah dari Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan, antara tugas2 akhir baginda sebagai YDPA.


Akhirnya semoga tahun 2012 memberi lebih erti dan kegemilangan buat kita semua. Amin.