Entri ini khas untuk allahyarham ayahanda mertuaku yang tercinta...Yunus bin Wahid
[1 April 1926- 16 Mac 2011]

Hampir 15 tahun saya menjaganya bergilir-gilir dengan adik dan kakak ipar. Banyak kenangan pahit manis bersamanya. Sudah beberapa kali keluar masuk hospital, akhir sekali 31 December lepas di PPUM. Bila keluar hospital kali ini, saya dan suami menghantar ke rumah adik ipar, di Terachi Kuala Pilah memandangkan keadannya yang uzur, sukar untuk pergerakannya ke rumah saya di tingkat satu.
Beliau pergi tanggal 16 Mac 2011. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Perginya dengan tenang semasa dalam tidur. Walaupun ralat tidak bersamanya semasa akhir hayatnya, apakan daya itulah perjanjiannya dengan yang Maha Kuasa.
Abah, Ani doakan abah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

4 comments:
AlFatihah...
takziah atas kehilangan itu, madam
bday saya pun 1 april :')
alfatihah
hmmm moa rohnya ditempatkan dikalanagan golongan yang beriman
innalillah..
semoga roh ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin
Post a Comment