Friday, March 18, 2011

Alfatihah buat Allahyarham Ayahanda Mertuaku...

Entri ini khas untuk allahyarham ayahanda mertuaku yang tercinta...Yunus bin Wahid
[1 April 1926- 16 Mac 2011]


Beliau rapat dengan anakku Rusydi dimana mereka berkongsi harilahir yang sama. Rusydi: 1 April 2006. Beza 80 tahun dengan atuknya. Saya bercadang untuk balik menjengok beliau tanggal 1 April nanti untuk menyambut hari jadi mereka. Apakan daya Allah lebih menyayangi beliau.

Ini gambar waktu raya beberapa tahun lepas di rumah abang ipar.

Hampir 15 tahun saya menjaganya bergilir-gilir dengan adik dan kakak ipar. Banyak kenangan pahit manis bersamanya. Sudah beberapa kali keluar masuk hospital, akhir sekali 31 December lepas di PPUM. Bila keluar hospital kali ini, saya dan suami menghantar ke rumah adik ipar, di Terachi Kuala Pilah memandangkan keadannya yang uzur, sukar untuk pergerakannya ke rumah saya di tingkat satu.

Beliau pergi tanggal 16 Mac 2011. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Perginya dengan tenang semasa dalam tidur. Walaupun ralat tidak bersamanya semasa akhir hayatnya, apakan daya itulah perjanjiannya dengan yang Maha Kuasa.

Abah, Ani doakan abah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

4 comments:

Anonymous said...

AlFatihah...

LailaAlfisyahr. said...

takziah atas kehilangan itu, madam

bday saya pun 1 april :')

alfatihah

AyuArjuna BiGoshh said...

hmmm moa rohnya ditempatkan dikalanagan golongan yang beriman

call me nana said...

innalillah..

semoga roh ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin