Tuesday, May 12, 2009

Hari yang panjang

Fuhh. Akhirnya saya sampai ke rumah hari ni pada pukul 9.50 malam lebih kurang 40 minit memandu. Hari ni begitu panjang bagi saya kerana saya duty fellow selama 3 jam hari ni. Sebagai seorang fellow kami diwajibkan untuk berada di mahallah sekurang-kurangnya 3 jam. Hari ni saya cuma mengedarkan kad overnight untuk pelajar-pelajar yang akan pulang bercuti semester selama 2 minggu. Dan menunggu student yg belajarMath 2 dgn saya kalau ada yg nak tanya soalan. Student hisbah saya ramai yg dtg, tapi student Math 2 Akmal je yg dtg, tapi beramah mesra je. Hehehe..Shima my ex-hisbah president pun dtg, bertanya khabar. Thankslah bagi air tadi.

Anyway, Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar saya. Tapi sebelum tu, selamat menghadapi peperiksaan. Semoga berjaya dengan cemerlang. Bagi pelajar-pelajar Math 2 saya, good luck, ingat semua yg saya ajar, jgn create formula baru ya, hehehe...Kalau nak consultation, insya'allah saya free esok pukul 2.30-4.30pm.

Rindu betul kat laptpop saya ni. Camnelah boleh tertinggal kat rumah hari ni. Itulah salah satu lagi faktor yang saya rasa panjang sangat hari ni , sebab tak boleh akses internet kat ofis tadi. Carrymark pun tak dapat nak siapkan.

Semoga esok lebih baik dari hari ni dan tak tertinggal laptop lagi..

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

heheh ala kak ani lain kali nak pinjam beritahu jer saya kitakan sebilik...malu-malu pulak

aini said...

awak kan mc hari tu...hehehe...