Friday, May 29, 2009

Orang Tamak Selalu Rugi-Part I

Syukur ke hadrat Allah, masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara di pagi Jumaat yang berkat ini. Pagi ni, dalam perjalanan ke pejabaat, saya begitu tertarik dengan topik perbincangan di radio IKIM. Mereka membincangkan kisah orang tamak. Biasanya kalau cerita orang tamak kita dah biasa mendengar cerita umpama anjing dengan bayang-bayang.Betul tak? Itu antara cerita favourite di zaman tadika dulu. Tapi kali ini ada banyak cerita yang tak pernah saya dengar. Di sini saya ingin berkongsi 2 cerita.

Cerita 1:

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki kaya yang sangat tamak. Pada suatu hari dia kehilangan 30 dinar. Dia pun mengadu kepada kawannya. Kawannya pun berjanji kalau dia terjumpa wang tersebut dia akan memulangkan kepadanya. Pada petang itu, anak gadis kawan orang kaya tadi pulang ke rumah dan memberitahu bapanya dia telah menjumpai 30 dinar di tengah jalan. "oh, itu tentu duit, sahabatku si orang kaya. Engkau pergilah nak, kerumahnya untuk memulangkan duit tersebut." kata sahabat orang kaya itu.

Anak gadis itupun pergilah kerumah orang kaya itu. Diapun berkata "Pakcik-pakcik, saya telah menjumpai 30 dinar di tengah jalan tadi. Ini tentu duit pakcik". Melihat duit tersebut, orang kaya itu menjadi tamak, eh duit saya yang hilang 40 dinar, bukan 30 dinar, mesti engkau telah mengambil lagi 10 dinar, katanya kpd anak gadis itu.

Anak gadis itu menafikannya. Kalau begitu aku akan berjumpa dengan bapa engkau untuk meminta 10 dinar lagi. Mereka pun pulang ke rumah gadis tadi. Orang kaya itupun berkata kepada kawannya itu, "Anak engkau telah mengambil 10 dinar duitku, cepat pulangkannya, kalau tidak aku akan membawa kepada pengadilan.

Kawannya tadi menafikannya. Anakku hanya berjumpa 30 dinar sahaja. Dia bercakap benar dan tidak pernah mencuri. Marilah kita berjumpa dengan tuan hakim untuk pengadilan.

Merekapun pergi berjumpalah tuan hakim. Tuan hakim bertanya kepada si gadis tadi, berapakah jumlah wang yang kau jumpa? 30 dinar, tuan hakim.

Tuan hakim bertanya pula kepada orang kaya tadi pula, berapakah wang yang kau hilang.
40 dinar tuan hakim. Oh kalau begitu senang sahaja. Duit yang kamu jumpa itu bukan milik orang kaya ini. Kamu simpan dahulu duit itu, kalau ada yang mengadu hilang 30 dinar, engkau bagi pada orang itu.

Mendengar kata tuan hakim itu, tiba-tiba orang kaya tadi mengubah ceritanya, oh tuan hakim, sebenarnya duit saya yang hilang 30 dinar sahaja bukan 40 dinar. Tetapi tuan hakim tidak mahu melayan cerita orang kaya itu lagi. Keputusan saya muktamad.

Begitulah ceritanya. Orang tamak selalu rugi. Cerita kedua...saya sambung di posting seterusnya..

No comments: