Sudah dua hari kepalaku sakit. Hendak berjumpa doktor sakitnya datang sekali-sekala sahaja. Tak taulah simptom penyakit apakah itu? Hari ini ada mesyuarat department dan sambutan hari Guru, jadi kugagahilah juga untuk datang bekerja hari ni. Hari ini orang ISO juga dtg secara mengejut, sepatutnya mereka dtg esok. Bertambah serabutlah kepalaku ini. Kerjaku yang banyak juga menyebabkan stress. Mungkin juga kekurangan air sebab cuaca yg panas dan kurang minum air.
Petang ni, semasa kulihat wajahku di cermin, rambutku sudah mula memutih. Uban sudah mula memenuhi kepalaku. Adakah kerana syampu yg ku pakai atau diriku yg semakin tua? Uban adalah peringatan untuk diri kita. Aku dah semakin tua, kenalah berubah menjadi lebih baik, memaafkan orang dan juga memohon kemaafan. Masih adakah esok untuk ku? Hanya Allah yang tahu. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali saya, jika saya pernah terlanjur kata atau perbuatan yang menyinggung hati kalian dan kepada bekas anak murid-murid saya jika saya ada terlanjur berjanji dan tak tertunaikan, saya juga ingin memohon maaf. Sebagai manusia kita selalu alpa dan lupa...
Hidup ini terlalu singkat dan pendek untuk disia-siakan. Doakan diriku semakin sihat dan sembuh dari peningku ini. Banyak lagi impianku yang belum tercapai. Menyempurnakan sarjanaku, nak belajar bahasa Arab, membetulkan tajwidku, nak belajar berenang... Ya Allah panjangkanlah umurku supaya dapat ku melihat anak-anak muridku dan anakku Muhammad Rusydi Aiman berjaya dalam hidup dan membina keluarga bahagia.
Mengorak Langkah Ke Arah Perubahan Dari Hati
3 days ago
1 comment:
aminnnn
Post a Comment