Saturday, May 30, 2009

Pasaraya Suami

Ini adalah tajuk cerita kedua berkenaan orang tamak selalu rugi.

Ustaz yang bercerita pun tidak pasti samada ini cerita benar atau dongeng...

Dikhabarkan di Nairobi, ada sebuah pasaraya untuk wanita-wanita memilih calon-calon suami. Pasaraya ini ada 6 tingkat. Syaratnya seorang wanita hanya boleh pergi ke pasaraya ini sekali sahaja seumur hidup dan bila sudah naik ke tingkat atas tidak boleh berpatah ke tingkat bawah semula.

Seorang wanita pergilah ke pasaraya itu. Pada tingkat pertama ditulis ciri-ciri lelaki di tingkat itu: Seorang lelaki yang berkerjaya. wanita tadi tidak berpuas hati. Lelaki di tingkat kedua mesti lebih baik, katanya.

Di tingkat kedua: Lelaki berkerja dan beriman. Wanita tadi masih belum berpuas hati. Tengok dululah di tingkat ketiga.

Di tingkat ketiga: Lelaki bekerjaya, beriman dan handsome. Ciri-ciri itu masih belum memuaskan hati wanita tadi. Dia meneruskan ke tingkat empat.

Di tingkat empat: Lelaki bekerjaya,beriman, handsome dan sukakan kanak-kanak. tetapi wanita tadi masih tamak. Dia yakin lelaki di tingkat lima pasti lebih hebat.

Di tingkat lima: Lelaki bekerjaya, beriman, handsome, sukakan kanak-kanak dan romantik. Wah rasanya itulah ciri-ciri lelaki idaman wanita. Memang sudah sempurna. Tetapi wanita ini masih lagi belum berpuas hati. Pasti lelaki di tingkat enam lebih mantap. Apabila dia sampai di tingkat enam, wanita tadi meraung kerana di tingkat enam hanya ada notis yang bertulis. Terima kasih. Anda adalah pengunjung yang ke 1276857. Tiada lelaki disini. Selamat jalan.

Pengajarannya: jangan terlalu tamak. Bersyukur dan hargailah dengan apa yang kita ada. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula yang berciciran. Bak kata Nabil, Lu pikirla sendiri...

No comments: