Misi saya hari ini ialah untuk meminjam buku Jack Mezirow di library UIA. Saya dah search buku tu cuma ada kat main campus shj, tiada di PJ branch. Aduh, terpaksalah saya pergi ke Gombak. Pada awalnya nak pergi hari Jumaat lps, sbnrnya itulah main reason amik cuti hari tu. Malangnya takde transport nak gi, husband nak guna kereta. Nak naik public transport, alahai, malasnya.
Maka hari inilah sahaja masa yg ada. Sebab minggu dpn dah nak kena tunjuk kat supervisor Literature Review saya. Oleh kerana Jack Mezirow adalah guru Transformative Learning Theory, theory yang akan saya gunakan untuk research saya, terpaksalah mencari buku beliau. Pening gak nak fahamkan Theory dia.
Terpaksalah saya korbankan hari Ahad saya. Misi bermula pukul 8.50 pagi. Alangkah bahagianya memandu pada pagi Ahad kerana jalan 'clear'. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya memandu sendiri ke UIA Gombak. Alhamdullillah semuanya lancar. Meningkat lagilah area pemanduan saya Hehehe.... (Kalau tak Cheras-PJ-Cheras je).
Mula-mula suspen gak, terutamanya kat round about sebab tak sure jalan. Cuma berpandukan papan tanda je. Nasib baik betul, kalau tak terpaksalah tawaf round about tu.
Pukul 9.15 dah sampai main entrance UIA. Satu lagi challenge nak cari library plak. Sebab saya ni pergi Gombak kalau ada Quality Day je, setahun sekali je. Tu yang tak ingat jalan. Nampaklah bangunan library, tapi entrance dia dah lepas, so tak de pilihan round lah UIA tu lagi sekali. Saya parking kat ITD dan jalan lah ke library.
Nasib baik saya tak tunjuk terror terus touch staff kad kat entrance, sebab system tu tak recognise kad dr PJ. Dgn sopannya saya introduce diri, saya dr CFS PJ. Ok. Librarian tu cakap masuk ikut pintu 3.
Library kosong je. Manalah pelajar-pelajar UIA ni? Tidur lagi ke? hehehe...Tapi ada jugaklah kelihatan seorang dua yang rajin. Takde jumpa sorang pun my ex-students. Misi mesti diteruskan, target nak balik sebelum kul 11, kalau tak jalan jem. Maklumlah skrg ni dah start kenduri kahwin. Mesti ramai yg keluar tengahari nanti.
Terlupa kat mana tulis call no utk buku Mezirow tu. Terpaksalah cari kat OPAC balik. Dapat. Buku tu ada kat tingkat 4. Nasib baik ada lif. Malas pulak nak exercise pagi ni. Hehehe...
Sekarang operasi mencari call no LC.....Oh jumpa. Akhirnya ada 2 buku Jack Mezirow yg saya jumpa. Berkenan juga buku Research Method. Akhirnya 6 buku yg saya pinjam. Kalau ikut hati banyak lagi buku yg saya berkenan, cuma tak larat nak angkat. Maklumlah jauh gak parking kereta tadi.
Saya ni selalu je keliru ngan bangunan kat UIA Gombak ni, sebab semuanya nampak sama je. Sebagai langkah berhati-hati supaya tak sesat nak balik ke kereta nanti kenalah fokus jalan nak balik. Sayapun hafallah. Mula-mula terus pastu belok kiri...Dan saya cuba ingatkan landmark yg ada.
Dan alhamdulillah tak sesat. Kalau kita fokus buat sesuatu pasti kita akan berjaya. Ewah...
Kul 10.30 pagi saya dah berada di dalam kereta untuk pulang kerumah dan sampai di Cheras kul 11 lebih. Akhirnya terlaksanalah misi saya hari ni. Langkah seterusnya apalagi, marilah membaca...
Mengorak Langkah Ke Arah Perubahan Dari Hati
3 days ago
3 comments:
hehe..student tido time ahad..
lagi2 org macam sy..
dtg library 2kali sesem..
[^_^]huhu..
rugilah bayar yuran. tapi tak guna. hehehe...saya suka sgt gi library tapi tulah jauh sgt...
adeh~~tekena balik..
bukn tanak g..
tapi bz ngan projek..
kalo cos len tak g tuh,hah..mmg tak patutla..
dak2 kaed rasenye pelawat paling kurang kat library tuh..[agaknye la]
[^_^]
Post a Comment