Wednesday, June 17, 2009

sakit mata

Pagi ni bila bangun tidur, kulihat mataku agak merah dan berair. Pemandanganku pun agak kabur. Oleh kerana kerja yg banyak, terpaksalah kerja jugak.

Sampai di ofis hari ni kul 10.07 pagi. Terlewat 7 minit. Biasalah nak menyiapkan anak bujangku Rusydi. "Tak nak sekolah, Rusydi nak tengok tv." Itulah alasannya. Walaupun baru 3 tahun tapi dah pandai nak ponteng sekolah. No way. Mak awak ni cikgu ya, jangan nak ponteng-ponteng!!!Puaslah memujuknya, akhirnya kul 9.09 baru gerak dari rumah. Sampai main entrance kul 9.50pagi. Oklah pagi ni jalan tak jem sangat. Tak macam hari Isnin lepas dimana saya mengambil lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke ofis. Fuh..lenguh kakiku...

Pastu gi breakfast dan prepare tuk klas kul 11. Mata masih merah dan berair. Takut jugak berjangkit kat students. Tapi teringat pesan dr satu ketika dahulu dimana sakit mata tak kan berjangkit kalau kita lihat pelajar2 kita. Tapi dia akan berjangkit kalau kita sentuh mata dan pastu bersentuhan dgn pelajar. So tak bagilah student salam tangan saya hari ni. Habis klas hampir kul 1. Rasanya klinik dah tutup. Saya plan gi kul 2 nanti. Kul dua cuma consultation hours je, selalunya awal2 ni, takde student yg dtg.

Kul 2 ada bunyi orang ketuk pintu, rupanya ada student nak tanya soalan. Tak sampai hatilah nak reject. Hehehe...Akhirnya jam dah kul 2.50. Mana sempat nak gi klinik sebab kul 3 ada klas lagi.

Klas yg sepatutnya 2 jam terpaksa saya habiskan awal. Kul 4.30 saya dah lepaskan diorg dan perkara yg sama saya cakap kat my students. "Hari ni saya sakit mata, tak yah lah salam tangan saya". For my surprise, students saya group ni memanglah brutal. "Takpe mdm, nak salam gak, biar kita sakit mata sama-sama". Hehehe...biar betul. Dan dengan selambanya mereka salam tangan saya tanpa takut dijangkiti sakit mata. Hai...budak-budak ni, macam-macam hal.

Kul 5 saya ada klas lagi. Ada 30 minit lagi. Sempat ni. Nasib baik tak ramai kat klinik. Dr cakap ada 'pimple' kat kelopak mata sebelah kiri saya. Dr pun bagilah eyedrop n krim. Dan sakit mata ni tak berjangkit...Alhamdulillah. takut jugak students saya yg brutal2 tu berjangkit plak. Hehehe...It takes two or three days to recover, said the foreigner doctor. Ok doc, asalkan tak berjangkit. Kalau tak kena kuarantin dan melepas lah nak gi jalan ke Kedah hari Jumaat ni. nak tau apa saya buat kat Kedah? Tunggu citer selanjut...Wassallam.

2 comments:

NANAsanusi said...

salam..hee..
bile dah jadi kebiasaan tuk salam lecturer afta class, kalo tak wat rase janggal lak..tu yang doang selambe salam madam..

=)

madam nk g kedah?
watpe?cam best jeh..
mau ikut hee..

aini said...

nak hantar pengantin. anak sedara saya kahwin nan org Kedah. jomlah ikut...