Sunday, August 30, 2009

Usiaku bertambah setahun lagi..

30 Ogos datang lagi dan bertambahlah setahun lagi umurku. Ulang tahun kelahiranku yg ke 3..? hehehe. Tekalah sendiri. Dah ke penghujung 30an.

Sambutan harilahir bukanlah tradisi bagi keluargaku. Masih ku ingat semasa kecil, tak pernah ada apa2 majlis semasa hari lahir. Takde potong kek. Tapi itu bukan masalah kerana keadaan keluargaku yg susah, aku faham dan reda .

Tahun ini sambutannya amat sederhana sahaja tapi amat bermakna buatku. Kenapa? Semua adik beradik dan bapa datang berbuka puasa di rumahku. Walaupun tiada kek harijadi(dah dpt sponsor tapi ada masalah teknikal lah pulak) tapi suasana sungguh meriah. Gamat jugak lah rumahku dgn gurauan adik-beradik dan anak-anak saudara sambil menatap album lama.

Kat bawah ni adalah gambar sambutan harilahir yg pernah saya rasai, "Surprised birthday". Masa ni baru je kerja kat Kolej Chermai, Negeri Sembilan, rasanya tahun 1998. Birthday party yg diorganize oleh student2 saya dgn kerjasama my husband. Masa tu kami duduk kat kuarters staff. Memanglah close dgn student. Adalah beberapa org student nak tumpang masak laksa kat rumah saya. Saya no hal. Setakat nak tumpang dapur, apa salahnya. Sambil tu bolehlah gak tumpang belajar.


So student saya tu pun masaklah laksa tu. Bila dah siap diorang pun hidanglah dan suruh saya tukar baju paling cantik. Wah, apahal lah plak. Selama ni baju yg saya pakai tak cantik ke? Hehehe..saya ckp dlm hati je lah. Tapi saya ikutkan lah jugak. Bila saya keluar je, rupanya ada kejutan, kedengaranlah lagu "Selamat Hari Jadi". Wah terharu sungguh. Terima kasihlah anak-anak muridku. Tak taulah kat mana diorang sekarang. Dah lost contact. Saya doakan diorang berjaya didunia dan di akhirat.

Bersama student2 tersayang. Sayangnya dah lost contact. Kalau ada sesiapa yg kenal diorang ni, bolehlah contact saya.

Dah dewasa, baru merasa tiup lilin. hehehe...

Friday, August 28, 2009

Perkara yang dirindui di bulan Ramadan

Sejak berjumpa balik ngan kawan-kawan sekolah kat facebook, saya suka mengelamun kenangan silam. Tengok balik album lama dan belajar camne nak scan gambar dan publish kat facebook. Memang banyak betul kenangan manis masa zaman persekolahan.

Sempena bulan Ramadan ni,kali ni saya nak berkongsi perkara yang amat saya rindui di Bulan Ramadan.

1. Bertukar-tukar juadah ngan jiran. Contohnya arwah mak masak bubur kacang satu periuk. Kami adik-beradik ditugaskan untuk menghantarnya ke rumah jiran. Pastu jiran akan balas balik dgn juadah diorang. Akhirnya bila bukak puasa penuh meja dengan pelbagai juadah. Dulu mana ada bazar Ramadan, semua masak sendiri. Tapi sekarang beli kat bazar ramadan je dan jiran pun tak bertegur sapa dan jarang-jarang jumpa. Semuanya busy.

2. Sembahyang terawih kat surau. Sejak ada anak ni, dah 3 tahun tak sembahyang terawih kat surau. Anak kecil lagi, takut ganggu jemaah lain. So sembahyang lah terawih sorang-sorang kat rumah.

3. Buat kuih raya ngan adik-beradik. Masa kecik dulu kami adik beradik akan bergotong royong tolong mak buat kuih bahulu. Lepas sahur je, dah start pukul telur. Wo, penat. Tapi seronok. Setiap orang akan ambik turn pukul telur. Rasanya lama jugak dalam 2-3 jam jugak pukul telur tu sampai kembang. Bila dah kembang, tugas membakar arwah mak yg buat. Biasanya petang baru siap.

4. Main bunga api dan mercun. Hehehe...sekarang ni Rusydi lah pulak yg seronok main.

Apa lagi ya? Hehehe..setakat tu jelah kut. Nanti kita sambung pulak ngan kuih-kuih/juadah2 yg dirindui pulak.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadan

Selamat Menyambut Ramadan kepada pengunjung blog ni yang beragama Islam. Alhamdullillah Ramadan datang lagi dengan penuh keberkatan. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemunya lagi kali ini. Kali ini nak berkongsi sajak yg diforwardkan oleh sahabat saya Kak Norma dari yahoo group Taman2 Syurga. Sajak berkenaan Andai ini Ramadan Yang Terakhir. Bila baca bolehlah ikut melodi lagu Andai Ku Tahu dari Kumpulan Ungu.

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA
Tuhan yang satu
andai kau tahu
ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu
kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .
sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...
bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji"
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan denganbertarawih.. .berqiamullail.
..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"
sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akhir kalam, andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
maafkanlah segala pertuturan dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan, terguris hati dan sebagainya...memang tak pernah berniat begitu..tapi kita hanyalah insan yang kerdil di muka bumi ini yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Wassalam.

Saturday, August 15, 2009

Misteri Kehilangan Cermin Mata

picture from:http://ibnasmuni.blogspot.com/

Wah. Post kali ni macam tajuk cerita Enid Blyton yang saya suka baca masa zaman sekolah rendah dulu. Ada sesiapa yang suka baca gak? Cerita Lima Penyiasat dan anjing. Dimana ketua kumpulannya dipanggil Gemuk dan ahli-ahli yg lain Samy, Seroja, John dan Marie kalau tak salah. Ada banyak jugaklah tajuk yg saya baca seperti Misteri Kucing Hilang, Misteri Kucing Pentomin, Misteri Jalan Inai dan banyak lagilah tapi dah terlupa tajuk. Maklumlah dah lama hidup...

Sebenarnya nak cerita pasal cermin mata yang hilang sejak hari Rabu lepas. Dah puas cari satu rumah tapi tak jumpa jugak. Sebab tulah saya panggil satu misteri. Memang pelik bin ajaib...

Takkanlah pencuri nak curi cermin mata je, atau kena bawa lari ngan tikus...Memang tak logik.

Tanpa cermin mata memanglah susah. Cubalah bayangkan kalau kita drive dalam hujan. Tak nampak pemandangan di hadapan. Macamlah tulah orang rabun yang kehilangan cermin mata. Nasib baik ada cermin mata lama, walaupun dah buruk dan calar tapi masih boleh membantu.

Dan akhirnya pada pukul 9.15 pm tadi, misteri terungkai. Rupa-rupanya cermin mata tu tersorok kat celah-celah buku. Pelik jugak macam mana boleh ada kat situ? Mesti ada orang sabatoj ni. Hehehe....

Jadi kesimpulannya, jaga cermin mata elok-elok. Cermin mata lama janganlah dibuang. Waktu emergency masih boleh diguna. Dan yang penting, bersyukurlah dengan kurniaan mata dari Allah. Jagalah penglihatan kita...


Sunday, August 9, 2009

Hagemaru vs Fukuchan

Kedua-dua anime ini adalah kegemaran anak saya. Ini adalah review saya antara kedua-duanya.


Ini adalah Hagemaru. Kisah budak yang kedekut. Identitinya adalah rambutnya yang botak. Dia mewarisi sifat kedekut tu dari ibubapanya. Kawan sekolah dia adalah Kondo yang selalu terkena dengan Hagemaru. Kondo pula adalah budak lelaki yang hensem dan punya ibubapa yang kaya dan baik. Tak banyak moral yg dapat dipelajari dari cerita ni. Hanya hiburan semata-mata.



Ini pulak adalah Fukuchan. Budak yang comel. Identitinya adalah memakai terompah, bertopi dan pipinya yang merah. Banyak jugak moral yang boleh dipelajari dari cerita ini. Antaranya dalam episod Sumo, moral yang dipelajari adalah jangan cepat berputus asa. kalau berusaha bersungguh-sungguh pasti kita akan berjaya.


So, antara kedua-duanya saya lebih suka Rusydi menonton Fukuchan kerana ceritanya yang banyak unsur nasihat.


Wasallam. Penggemar Fukuchan...



Saturday, August 8, 2009

Hisbah Asma Abu Bakar Family Day


Sebagai seorang fellow di Mahalah Khadijah, kami diberikan sebilangan pelajar di bawah jagaan kami. Biasanya mengikut level dan dipanggil hisbah. Mahalllah Khadijah ada 9 level, maknanya ada sembilah hisbah. Saya adalah fellow bagi level 1 iaitu dinamakan hisbah Asma Abu Bakar. Gambar kat atas adalah mural kat lobby level 1.

Alhamdullillah, pagi tadi kami telah mengadakan 'Family Day' bagi hisbah kami. Acara bermula pukul 7.30 pagi dgn acara aerobik dan sukaneka. Ada banyak program berlangsung hari ni, LTC utk MRC, muhabbah day for AED student, talk for HMS students and ada jugak student yg MC dan balik kerana hal keluarga. Rasanya cuma 50% yang datang. Takpelah dari takde. Yang bestnya, yg tinggallah. Sebab hadiah yg banyak, paling sikit 1 hamper bagi setiap kumpulan yg masuk termasuklah satu hamper untuk anakku, Rusydi. Thank you to committee.

Rusydi pun seronok gak. Walaupun kami datang terlewat,sukaneka dah habis, tinggal explorace je, Rusydi seronok je lari-lari main belon, sampai pecah. Dia pun tolong kutip belon-belon yg pecah tu. Cam tu lah anak umi...Hehehe...

Explorace habis kul 12 pm. Dan kami berkumpul di bilik TV untuk acara penyampaian hadiah dan makan. Saya rasa semua yg datang happy dan dapat mengukuhkan ukhwah antara mereka. Program seterusnya adalah 'Know Your Neighbors'. Program untuk student mengenali jiran mereka dan menilai kebersihan, kekemasan, keramahan jiran-jiran mereka. Program berakhir hari Jumaat depan. Harap dapat sambutan dari pelajar-pelajarku...Wassallam.


Tuesday, August 4, 2009

Gambar Sekolah


Hari ni bila bukak facebook ada kawan yg dah scan gambar masa form 4 dan form 5. Mari kita main "cari saya." Hehehe...

Ini kelas 4 Kejora

Dah jumpa? Sila tinggalkan jawapan anda di ruangan komen.

Wassallam.


Monday, August 3, 2009

Kenangan Terindah

Bila saya join facebook tak salah start bulan May hari tu, matlamat utama nak jumpa balik kawan-kawan sekolah dulu. Saya pun taip nama sekolah tapi tak jumpa sorang pun. Pelik jugak. Tak kanlah dlm ramai-ramai tu takde yg guna facebook.

Sehinggalah hari Jumaat lps, ada sorang ex-classmate yg add saya. Dari situ jumpalah beberapa orang kawan-kawan lain. Memang excited. Ada yg maintain dan ramai yg dah mengembang, termasuklah diriku ini. Hehehe... Dan bila saya bukak album lama, Ya Allah memang banyak sangat berbeza. Ada sorang kawan yg komen, hampir tak mengenali saya. Memangpun, bila saya tengok album lama, saya pun dah tak boleh cam yg mana satu saya. Nantilah bila ada kesempatan saya scan dan upload gambar tu. Pastu bolehlah buat peraduan "Cari saya?" hehehe...

Zaman sekolah menengah saya rasa zaman yg paling manis. Teristemewa masa saya form 1. Masa tu, ramai yang dah masuk asrama, tinggallah pelajar-pelajar sederhana je. So jadilah saya pelajar terbaik di kalangan pelajar sederhana tu. Bila test atau exam mesti dapat nombor satu. Yang bestnya perhatian dari cikgulah. Apa-apa pun cikgu akan panggil saya. Sampai nak tentukan no kelas pun cikgu mintak tolong saya. So saya antara orang yg awal tau kedudukan dalam kelas. Sebenarnya perhatian guru antara motivasi awal saya untuk belajar lebih rajin.

Banyak jugaklah kenangan manis masa sekolah dulu. Cinta monyet? Tak pernah. saya jenis skema. hehehe. Tak caya? Betul. Cuma pernah suka kat sorang senior tu, tapi kupendamkan saja. Hehehe..suka tapi malu.

Nak cerita satu kenangan lucu masa form 4. Masa form 4 saya dalam aliran sains dan nama kelas berdasarkan bintang. Nama kelas saya 4 Kejora. Kelas kami kat atas makmal Sains Rumah Tangga dimana kat makmal tu ada dapur gas. Masa tu musim durian. Disebabkan saya ada dusun durian, kawan-kawan baik saya Ijan dan Hendri suruhlah saya bawak durian. Saya pun letaklah durian tu dlm tupperware dan bawaklah ke kelas. Sebab tak bawak banyak, saya tak bagitaulah org lain.

Sementara tunggu cikgu masuk klas, saya pun bukaklah tupperware tu. Apalagi semerbaklah baunya. Tiba-tiba ada yang cakap, eh ada bau gaslah. Saya pun cepat-cepatlah sorokkan tupperware tu. Ada sorang budak lelaki tu bergerak pantas gi kat makmal kat bawah nak tengok kalau ada gas yg bocor. Tapi tak ada. Kami bertiga rasa nak gelak tapi terpaksa control nanti pecah pulak rahsia. Nasib baik takde yg syak bau durian. Bila time rehat kami ketawa sepuas-puasnya dan makanlah durian tu. Bukan kedekut tau, tapi durian tak banyak masa tu. Hehehe...nakal gak saya masa tu ya.

Masa begitu pantas berlalu. Dah 21 tahun saya mengambil SPM. Masih saya ingat first day saya ke sekolah. Very excited. Pukul 8 malam saya dah tidur. Bila saya bangun terus nak mandi, tapi sebenarnya baru pukul 11 malam. Hehehe...

Ada kawan sekolah yg lost contact langsung.Tak pernah jumpa lepas SPM. Maksudnya dah 21 tahun tak jumpa. Ada yg ingat nama tapi dah tak boleh recall muka, ada yg ingat muka, tapi tak ingat nama. Memang dah tua saya ni. 15 hb Ogos ni, diorang nak buat gathering. Tapi sedihnya tak dapat nak attend sebab ada kursus fellow kat Ulu Bernam. Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan oleh Allah dan semoga suatu hari nanti dapat juga saya bertemu dengan kawan-kawan lama saya itu.

Wassallam.

Saturday, August 1, 2009

Stiker kat kereta

Salam semua. Terima kasih lah yang baca blog ni. Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi masa tidak mengizinkan. Minggu ni memang sibuk sangat sebab ada appoinment ngan supervisor on Tuesday. Sepatutnya dah siap key in data dlm SPSS. Tapi sebab tak mahir SPSS n tak sure nak buat camne, saya pun tak siaplah. So bila jumpa supervisor apa lagi, kena soundlah. Heheh...takpe. mmang salah saya. So malam Selasa tu, saya bertungkus lumus siapkan key in data sampai malam. Hari rabu jumpa balik supervisor. Settle. Masuk ke fasa analisis plak. Next appoinment is next Thursday. Maksudnya kena siapkan sebelum Khamis. Tak nak kena marah lagi...

Sebenarnya hari ni nak citer stiker yang ditampal kat belakang kereta. Al-kisahnya hari Khamis lepas, masa drive nak ke office, adalah satu kereta MyVi kat depan saya. Dan ada satu stiker kat belakang kereta tu yang menarik perhatian saya. Stiker tu lebih kurang tertulis begini. "I am lost, please take me home". Saya pun terfikirlah. Perlu ke, stiker camtu? Tak kanlah hari-hari lost? Hehehe..Lu pikirlah sendiri.

Ada juga stiker yang promete laman web. Yang ni rasanya oklah kut. Sebab sambil menyelam minum air.

Kereta saya camne plak? Masa mula2 grade dulu, ada lah gak tampal stiker UPM. Kononya nak menunjukkan kita grade dr UPM. Sekarang taklah. Tak baik riak...Hehehe..Sejak ada anak ni, kat belakang kereta cuma tampal stiker 'Kid in the car". Harap-harap orang belakang pahamlah. Kalau saya memandu terhegeh-hegeh tu, maksudnya tengah melayan kerenah anaklah tu. Rusydi memang tengah lasak sekarang. Tak tau duduk diam dlm kereta. Nak susu lah, nak biskutlah, kadang-kadang ketuk kepala lah, tarik2 tudunglah. Memang mencabar memandu bersama anak ni. Boleh pakai tali pinggang pun rasanya paling lama 2 minit. Kalau tak tanggalkan, dia dah pandai melepaskan diri. What a brilliant kid. Kalau nak break pun kena pelan2, kalau tak jatuhlah Rusydi tu, rasanya adalah 2 kali jadi camtu.

Satu lagi stiker adalah stiker radio era. Saya dapat masa skot era datang ke taman perumahan saya. Walaupun dah jarang dengar Era tapi stikernya tetap kat situ.

Hmm. So, sebelum tampal stiker kenalah fikir kewarasannya. Kalau menimbulkan syak wasangka orang baik tak payah tampal.

Wassalam.