Saturday, May 30, 2009

Saya Telah di Tag - Banyaknya Soalan...

Baru je cerita pasal 'tag-mengetag' dengan Ayu. Sebab tak pernah kena tag pun sebelum ni. Alih-alih saya telah ditag oleh cik Nana. Oklah. Layan jelah...Banyaknya soalan. Nasib baik senang. Hehehe...

1. kalau anda jadi orang terkaya didunia?
Hmm, ini soalan karangan saya masa form 1. Hehehe...Firstly nak tunaikan haji ke Mekah, nak bawak famili dan orang-orang tua yang susah. Kemudian nak buat rumah yang ada 10 bilik, senang kalau ada tetamu nak datang. Ada kolam renang, bolehlah
tunaikan impian nak berenang. Siap ada kawasan yang luas untuk kudan-kuda saya. Wah bestnya berangan. Sayapun nak buat yayasan pendidikan untuk bagi biasiswa untuk orang yg susah.

2. Kalau anda jadi orang terseksi didunia?
Tak mungkin...

3. kalau anda perlu terjun dr tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
Tak perlu. Husband saya tau, saya sayang dia.

4. kalau orang kata blog awak teruk nak mampus?
Sampainya hati. Saya tak kisahlah, asalkan saya puas hati.

5. kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda
Hehehe. taklah. Saya pilih sendiri.

6. kalau tiada lagi hari esok?
Minta maaf pada semua orang. Langsaikan semua hutang. Tulis wasiat.

7. kalau orang yang anda benci berada didepan anda ?
Buat tak tau je.

8. kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?
Tak nak....

9. kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
Mak memang dah takde. Reda dengan kehendak tuhan.

10. kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati. nyatakan nama artis/selebriti tersebut.

Aznil Hj Nawawi, Aizat Amdan, Sarimah Ibrahim. Nak mintak autograf dan bergambar dgn mereka.

11. kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
Hehehe..tak sampai hati. Nyamuk ngan lipas je.

12. kalau orang kata anda kacak/cantik ?
Mesti orang tu nak bodek saya.

13. kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
Tak lah, sebab saya dah tua pun.

14. kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
Takde pengalaman

15. kalau anda memenangi anugerah? dan anugerah apa yang anda inginkan?
Ibu Mithali.

16. kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing, bangsa asing mana yang anda inginkan?
Tak nak.

17. kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
Reda dengan ketentuan Allah.

18. kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
saya tak kisah. Asalkan saya buat kerja saya. Buat pe nak jeles ngan saya.

19. mengenai orang yang tag kamu ini;
Seorang student AED yang pandai tentang fotografi dan lanskap. Sangat tabah dalam menghadapi cobaan dalam hidupnya.

20. saya tag mereka pula.
Tak ramai kawan saya yang ada blog. Sape lagi:

Ayu Arjuna
Amir

Pasaraya Suami

Ini adalah tajuk cerita kedua berkenaan orang tamak selalu rugi.

Ustaz yang bercerita pun tidak pasti samada ini cerita benar atau dongeng...

Dikhabarkan di Nairobi, ada sebuah pasaraya untuk wanita-wanita memilih calon-calon suami. Pasaraya ini ada 6 tingkat. Syaratnya seorang wanita hanya boleh pergi ke pasaraya ini sekali sahaja seumur hidup dan bila sudah naik ke tingkat atas tidak boleh berpatah ke tingkat bawah semula.

Seorang wanita pergilah ke pasaraya itu. Pada tingkat pertama ditulis ciri-ciri lelaki di tingkat itu: Seorang lelaki yang berkerjaya. wanita tadi tidak berpuas hati. Lelaki di tingkat kedua mesti lebih baik, katanya.

Di tingkat kedua: Lelaki berkerja dan beriman. Wanita tadi masih belum berpuas hati. Tengok dululah di tingkat ketiga.

Di tingkat ketiga: Lelaki bekerjaya, beriman dan handsome. Ciri-ciri itu masih belum memuaskan hati wanita tadi. Dia meneruskan ke tingkat empat.

Di tingkat empat: Lelaki bekerjaya,beriman, handsome dan sukakan kanak-kanak. tetapi wanita tadi masih tamak. Dia yakin lelaki di tingkat lima pasti lebih hebat.

Di tingkat lima: Lelaki bekerjaya, beriman, handsome, sukakan kanak-kanak dan romantik. Wah rasanya itulah ciri-ciri lelaki idaman wanita. Memang sudah sempurna. Tetapi wanita ini masih lagi belum berpuas hati. Pasti lelaki di tingkat enam lebih mantap. Apabila dia sampai di tingkat enam, wanita tadi meraung kerana di tingkat enam hanya ada notis yang bertulis. Terima kasih. Anda adalah pengunjung yang ke 1276857. Tiada lelaki disini. Selamat jalan.

Pengajarannya: jangan terlalu tamak. Bersyukur dan hargailah dengan apa yang kita ada. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula yang berciciran. Bak kata Nabil, Lu pikirla sendiri...

Friday, May 29, 2009

Orang Tamak Selalu Rugi-Part I

Syukur ke hadrat Allah, masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara di pagi Jumaat yang berkat ini. Pagi ni, dalam perjalanan ke pejabaat, saya begitu tertarik dengan topik perbincangan di radio IKIM. Mereka membincangkan kisah orang tamak. Biasanya kalau cerita orang tamak kita dah biasa mendengar cerita umpama anjing dengan bayang-bayang.Betul tak? Itu antara cerita favourite di zaman tadika dulu. Tapi kali ini ada banyak cerita yang tak pernah saya dengar. Di sini saya ingin berkongsi 2 cerita.

Cerita 1:

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki kaya yang sangat tamak. Pada suatu hari dia kehilangan 30 dinar. Dia pun mengadu kepada kawannya. Kawannya pun berjanji kalau dia terjumpa wang tersebut dia akan memulangkan kepadanya. Pada petang itu, anak gadis kawan orang kaya tadi pulang ke rumah dan memberitahu bapanya dia telah menjumpai 30 dinar di tengah jalan. "oh, itu tentu duit, sahabatku si orang kaya. Engkau pergilah nak, kerumahnya untuk memulangkan duit tersebut." kata sahabat orang kaya itu.

Anak gadis itupun pergilah kerumah orang kaya itu. Diapun berkata "Pakcik-pakcik, saya telah menjumpai 30 dinar di tengah jalan tadi. Ini tentu duit pakcik". Melihat duit tersebut, orang kaya itu menjadi tamak, eh duit saya yang hilang 40 dinar, bukan 30 dinar, mesti engkau telah mengambil lagi 10 dinar, katanya kpd anak gadis itu.

Anak gadis itu menafikannya. Kalau begitu aku akan berjumpa dengan bapa engkau untuk meminta 10 dinar lagi. Mereka pun pulang ke rumah gadis tadi. Orang kaya itupun berkata kepada kawannya itu, "Anak engkau telah mengambil 10 dinar duitku, cepat pulangkannya, kalau tidak aku akan membawa kepada pengadilan.

Kawannya tadi menafikannya. Anakku hanya berjumpa 30 dinar sahaja. Dia bercakap benar dan tidak pernah mencuri. Marilah kita berjumpa dengan tuan hakim untuk pengadilan.

Merekapun pergi berjumpalah tuan hakim. Tuan hakim bertanya kepada si gadis tadi, berapakah jumlah wang yang kau jumpa? 30 dinar, tuan hakim.

Tuan hakim bertanya pula kepada orang kaya tadi pula, berapakah wang yang kau hilang.
40 dinar tuan hakim. Oh kalau begitu senang sahaja. Duit yang kamu jumpa itu bukan milik orang kaya ini. Kamu simpan dahulu duit itu, kalau ada yang mengadu hilang 30 dinar, engkau bagi pada orang itu.

Mendengar kata tuan hakim itu, tiba-tiba orang kaya tadi mengubah ceritanya, oh tuan hakim, sebenarnya duit saya yang hilang 30 dinar sahaja bukan 40 dinar. Tetapi tuan hakim tidak mahu melayan cerita orang kaya itu lagi. Keputusan saya muktamad.

Begitulah ceritanya. Orang tamak selalu rugi. Cerita kedua...saya sambung di posting seterusnya..

Wednesday, May 27, 2009

Rambutku semakin putih...

Sudah dua hari kepalaku sakit. Hendak berjumpa doktor sakitnya datang sekali-sekala sahaja. Tak taulah simptom penyakit apakah itu? Hari ini ada mesyuarat department dan sambutan hari Guru, jadi kugagahilah juga untuk datang bekerja hari ni. Hari ini orang ISO juga dtg secara mengejut, sepatutnya mereka dtg esok. Bertambah serabutlah kepalaku ini. Kerjaku yang banyak juga menyebabkan stress. Mungkin juga kekurangan air sebab cuaca yg panas dan kurang minum air.

Petang ni, semasa kulihat wajahku di cermin, rambutku sudah mula memutih. Uban sudah mula memenuhi kepalaku. Adakah kerana syampu yg ku pakai atau diriku yg semakin tua? Uban adalah peringatan untuk diri kita. Aku dah semakin tua, kenalah berubah menjadi lebih baik, memaafkan orang dan juga memohon kemaafan. Masih adakah esok untuk ku? Hanya Allah yang tahu. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali saya, jika saya pernah terlanjur kata atau perbuatan yang menyinggung hati kalian dan kepada bekas anak murid-murid saya jika saya ada terlanjur berjanji dan tak tertunaikan, saya juga ingin memohon maaf. Sebagai manusia kita selalu alpa dan lupa...

Hidup ini terlalu singkat dan pendek untuk disia-siakan. Doakan diriku semakin sihat dan sembuh dari peningku ini. Banyak lagi impianku yang belum tercapai. Menyempurnakan sarjanaku, nak belajar bahasa Arab, membetulkan tajwidku, nak belajar berenang... Ya Allah panjangkanlah umurku supaya dapat ku melihat anak-anak muridku dan anakku Muhammad Rusydi Aiman berjaya dalam hidup dan membina keluarga bahagia.

Sunday, May 24, 2009

Misi Terlaksana

Misi saya hari ini ialah untuk meminjam buku Jack Mezirow di library UIA. Saya dah search buku tu cuma ada kat main campus shj, tiada di PJ branch. Aduh, terpaksalah saya pergi ke Gombak. Pada awalnya nak pergi hari Jumaat lps, sbnrnya itulah main reason amik cuti hari tu. Malangnya takde transport nak gi, husband nak guna kereta. Nak naik public transport, alahai, malasnya.

Maka hari inilah sahaja masa yg ada. Sebab minggu dpn dah nak kena tunjuk kat supervisor Literature Review saya. Oleh kerana Jack Mezirow adalah guru Transformative Learning Theory, theory yang akan saya gunakan untuk research saya, terpaksalah mencari buku beliau. Pening gak nak fahamkan Theory dia.

Terpaksalah saya korbankan hari Ahad saya. Misi bermula pukul 8.50 pagi. Alangkah bahagianya memandu pada pagi Ahad kerana jalan 'clear'. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya memandu sendiri ke UIA Gombak. Alhamdullillah semuanya lancar. Meningkat lagilah area pemanduan saya Hehehe.... (Kalau tak Cheras-PJ-Cheras je).

Mula-mula suspen gak, terutamanya kat round about sebab tak sure jalan. Cuma berpandukan papan tanda je. Nasib baik betul, kalau tak terpaksalah tawaf round about tu.

Pukul 9.15 dah sampai main entrance UIA. Satu lagi challenge nak cari library plak. Sebab saya ni pergi Gombak kalau ada Quality Day je, setahun sekali je. Tu yang tak ingat jalan. Nampaklah bangunan library, tapi entrance dia dah lepas, so tak de pilihan round lah UIA tu lagi sekali. Saya parking kat ITD dan jalan lah ke library.

Nasib baik saya tak tunjuk terror terus touch staff kad kat entrance, sebab system tu tak recognise kad dr PJ. Dgn sopannya saya introduce diri, saya dr CFS PJ. Ok. Librarian tu cakap masuk ikut pintu 3.

Library kosong je. Manalah pelajar-pelajar UIA ni? Tidur lagi ke? hehehe...Tapi ada jugaklah kelihatan seorang dua yang rajin. Takde jumpa sorang pun my ex-students. Misi mesti diteruskan, target nak balik sebelum kul 11, kalau tak jalan jem. Maklumlah skrg ni dah start kenduri kahwin. Mesti ramai yg keluar tengahari nanti.

Terlupa kat mana tulis call no utk buku Mezirow tu. Terpaksalah cari kat OPAC balik. Dapat. Buku tu ada kat tingkat 4. Nasib baik ada lif. Malas pulak nak exercise pagi ni. Hehehe...

Sekarang operasi mencari call no LC.....Oh jumpa. Akhirnya ada 2 buku Jack Mezirow yg saya jumpa. Berkenan juga buku Research Method. Akhirnya 6 buku yg saya pinjam. Kalau ikut hati banyak lagi buku yg saya berkenan, cuma tak larat nak angkat. Maklumlah jauh gak parking kereta tadi.

Saya ni selalu je keliru ngan bangunan kat UIA Gombak ni, sebab semuanya nampak sama je. Sebagai langkah berhati-hati supaya tak sesat nak balik ke kereta nanti kenalah fokus jalan nak balik. Sayapun hafallah. Mula-mula terus pastu belok kiri...Dan saya cuba ingatkan landmark yg ada.

Dan alhamdulillah tak sesat. Kalau kita fokus buat sesuatu pasti kita akan berjaya. Ewah...

Kul 10.30 pagi saya dah berada di dalam kereta untuk pulang kerumah dan sampai di Cheras kul 11 lebih. Akhirnya terlaksanalah misi saya hari ni. Langkah seterusnya apalagi, marilah membaca...

Saturday, May 23, 2009

My Blog New Look

I spent two days, yesterday and today to change my blog's background. Hope you all like it. I also add a few gadgets like clock, shout box and traffic. I think , it is very interesting things to do. It is very nice to see all the lovely and beautiful background. And the hard thing to do is to choose the suitable background. And I finally choose the butterfly background.

When we do something we like, sometime we didnt realize how many hours time we had spent doing it. For example, last night, I start do all the changes to my blogs at 9 pm. I stoped about 1 am. But it is really enjoyable time and I really satisfied with the result. Hehehe...

BM version:

Di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan. Sebenarnya, saya pun tak arif macammana nak add gadget tu. Tapi itu sebenarnya bukan masalah. Search je kat yahoo: how to add ...., dan kita pun dapatlah jawapannya.

Background dari thecutestblogontheblock.com memang sangat cute, sampai rambang mata nak pilih yang mana. Sesiapa yang nak cari background yang cantik2 bolehlah pergi ke website tu. Untuk masukkan masa pulak boleh dapatkan dari ClockLink.com. Dan untuk shoutbox you all boleh pergi ke ShoutMix. Cara yang paling senang you all klik je kat sesiapa yang ada gadget tu tadi. Then pilih yang kita berkenan, copy code dan paste kat blog kita. Hehehe...Rasanya you all lagi pandai. Panduan ni untuk sesiapa yang baru nak berjinak ngan blog ni je. Yang dah pandai boleh pergi ke perenggan seterusnya. hehehe...

Kalau ada nak komen apa-apa, ataupun cadangan untuk menambah baikkan blog saya ini, pandangan anda di alu-alukan.

Thursday, May 21, 2009

Minggu yang agak sibuk

Diam tak diam, dah hampir seminggu tak update blog. Hehehe...alasan:minggu yang agak sibuk.


Hari Isnin siapkan marking paper n key in markah. Pergi pejabat pos, nak bayar bil tapi buang masa je sebab system down.


Hari Selasa:
  • import data ke database department
  • lagi sekali pergi pejabat pos, nak bayar bil letrik yg tertunggak, takut kena potong. nasib baik system dah ok. Hari ni dapat notis pemotongan dari TNB, tapi boleh ignore je sebab dah bayar.
  • Cari bahan utk research master sebab Rabu nak jumpa supervisor. Plan nak baca kat umah waktu malam. Malangnya lepas tidurkan Rusydi, mamanya pun tertidur jugak.

Hari Rabu lagi kalut.
  • Meeting fellow kul 9.30am. Biasanya dtg ofis dlm kul 10am. Sebab ada meeting, so keluarlah kul 8.30am. Jalan agak jem. Terasa agak lambat, kelam-kabutlah bawak kereta. Bila sampai tol bagi je duit terus tekan minyak, tetiba terdengar macam ada orang panggil. Berhentilah kereta... Pekerja tol tu pun datanglah. Ingat ada apa. Rupanya saya bayar tak cukup lagi 10 sen. ohh malunya. Sorrylah tak sengaja, tak perasan cik kak, nak cepat.
  • Walaupun bawak kereta agak laju, sampai kat ofis kul 9.35am. Lepas hantar anak kat nurseri akhirnya masuklah ke dalam bilik meeting lebih kurang kul 9.45am. Lewat 15 minit.
  • Lepas makan-makan lebih kurang kul 1, sayapun start lah kereta dan bukaklah tingkap dan tiba-tiba dengar bunyi yg pelik dr kereta. Bila parking rupanya bunyi pelik tadi datangnya dari tingkap kereta yang dah turun sepenuhnya. Saya cuba tutup tapi tak boleh. Sudah...Nak buat camne ni. Saya cuba lagi tak boleh tutup jugak. Akhirnya saya masuk gear dan mula memandu ke hadapan sambil cuba menutup tingkap. Alhamdulillah berjaya. Hai, nasib baik dia elok sendiri, kalau tak terpaksalah cari workshop dan cancel appoinment ngan lecturer...
  • Balik kebilik dah pukul 1.30, sembahyang Zohor dan akhirnya kul 1.50pm, drive ke UiTM Shah Alam.
  • Sampai Shah Alam tepat kul 2.30pm. Punctual this time. Hehehe...Ketuk bilik lecturer tapi takde org. Mana pulak Pn Yani ni, tak kan dia lupa kut. Saya pun carik handphone, tak jumpa. Aduh, tertinggal lah kut. Apalah kalutnya hari ni. Nasib baik jumpa 2 lecturer lain lalu. Dengan muka sedihnya, tanyalah kat mana Pn Yani, diorang pun tak tau. Dan diorang tlg callkan my superevisor. Thanks godness. Rupanya my sweet supervisor tu ada kat bilik kawan dia.
  • Kami pun berbincanglah pasal research. Prepare kan abstract sebab nak attend seminar pada awal Dis nanti. Doakanlah ya, semoga semuanya berjalan lancar. Disscussion habis kul 5. Drive balik ke PJ. Tiba-tiba dengar bunyi handphone dr beg. Ohh, rupanya ada tersorok dlm beg. Huhuhu...

Hari Khamis:

  • Meeting curriculum review dgn seorang Dr dr Kuantan. Peliklah Dr ni, pakai topi dlm meeting. Sangat selamba. Kelakar dia macam tak leh terima. Cthnya: kami bincang pasal real number systems. Bila dia tengok silibus yg kami prepare, dia kata terlalu dry. Semua properties tu dia kata tak perlu ajar, tak payah tau nama2 tu, sebab dia pun lupa. Student pun akan lupa, yg penting diorang tau nak guna. "Saya pun kadang-kadang terlupa nama isteri saya", katanya. kelakar ke? Tak kelakar pun kan?
  • habis meeting kul 2, siapkan analis mid sem math2 sem 3 dan komen utk final.
  • My coordinator ym me to give comment on final exam for last sem also. Alamak. rasanya macam dah buat. Rupanya belum. Lama sgt. Mcm lupa lak nak komen apa.

Malam nya barulah mula menaip utk posting ni. Ntah apa-apa tah. Hehehe..Itupun siap separuh jalan je, my son Rusydi dah kacau.

Hari ni Jumaat, saya amik cuti. Lari kejap dr kesibukan di ofis. Hehehe, tapi takleh lari dari kesibukan di rumah n kenakalan Rusydi. Hehehe. Pagi hantar bapa mentua amik pencen dia dan sekarang mengadap komputer nak cari bahan utk research. Sambil2 tu curi masa siapkan posting ni. Akhirnya inilah hasilnya...

Saturday, May 16, 2009

Happy Teacher's Day

Hari ini 16 Mei adalah hari guru. Semalam bila ada kawan terima message dari pelajarnya mengucapkan selamat hari guru, sayapun tertanya2 manalah anak murid saya ni, tak kan sorang pun tak ingat. Tapi semalam belum hari guru lagi mungkin diorang tunggu 16 Mei kut, pujuk hati saya. Dan saya cuba ingatkan diri, saya mengajar ikhlas, bukan untuk mendapat balasan atau sanjungan.

Tapi biasalah hati, selalu je gundah gulana. Pagi ni bila bangun tengok handphone masih tiada sebarang sms. Sehinggalah pada pukul 11:09 pagi, satu message masuk dan membuatkan saya ketawa...Hahaha.. Message tersebut dari Aishah, kawan sepejabat saya. Terima kasih Aishah. Kalau nak tau macam ni messagenya:
Ingatkan demam campak,
rupanya jerawat batu,
mengajar bagai nak rak,
anak murid buat tak tahu,
rasa macam nak sepak,
takut pulak kena serbu,
mai sini habaq,
sabaq la,
kita ni kan cikgu!!!
Selamat Hari Guru...
Dan selepas itu diikuti beberapa lagi sms dari anak-anak muridku: Hazwan, Shilazatul n Zatul. Terimakasihlah sebab ingat kat madam lagi. Hehehe...

Dan disini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di luar sana, dari cikgu tadika hinggalah ke pensyarah universiti. Semuanya adalah guru. Tidak lupa kepada semua cikgu-cikgu saya: Cikgu Maznah, cikgu tadika saya, yang mula-mula mengajar saya membaca dan mengira. Cikgu sekolah rendah saya: Cikgu Enson, Cikgu Singgam, Cikgu Roslaini, Cikgu Hayati, Cikgu Hanifah dan Cikgu Normazidah. Cikgu sekolah menengah saya: Cikgu Rahmah, Cikgu Shahrul Bariah, Cikgu Saniah, Cikgu Asma, Cikgu Normawati, Cikgu Haliza dan Cikgu Norsaidah. Cikgu Normawati terima kasih bayarkan duit tuisyen saya, saya tak kan lupa sampai bila-bila. Kat manalah cikgu sekarang...

Dan kepada rakan-rakan seperjuangan: Aishah, Ayu, Zariyah, Fuhainah, Fatahiyah, Ismaini, Salmi, Haliza, Norsaadah dan lain-lain. Jangan kecik hati ya, kalau tak tertaip nama. Hehehe.. ramai sangat. Selamat Hari Guru...

Friday, May 15, 2009

Rusydi dan Ultraman


Hari ni nak bercerita pasal "my little prince" Muhammad Rusydi Aiman. Dia suka sgt tengok citer ultraman. Saya pun tak pasti camne dia boleh suka. Sampai baju dia pun nak baju Ultraman gak. Tengoklah gaya-gaya Utraman dia ni.

Sedia...

Post Ultraman lagi...


Yang ni macam nak angkat takhbir je..

Tak taulah camne nak buat. Kalau tak bagi tengok citer Ultraman tu dia nangis. Tapi bila dia tengok, mulalah dia ganas. Suka sepak dan tendang2. Ada sape2 nak bagi cadangan?

Tuesday, May 12, 2009

Hari yang panjang

Fuhh. Akhirnya saya sampai ke rumah hari ni pada pukul 9.50 malam lebih kurang 40 minit memandu. Hari ni begitu panjang bagi saya kerana saya duty fellow selama 3 jam hari ni. Sebagai seorang fellow kami diwajibkan untuk berada di mahallah sekurang-kurangnya 3 jam. Hari ni saya cuma mengedarkan kad overnight untuk pelajar-pelajar yang akan pulang bercuti semester selama 2 minggu. Dan menunggu student yg belajarMath 2 dgn saya kalau ada yg nak tanya soalan. Student hisbah saya ramai yg dtg, tapi student Math 2 Akmal je yg dtg, tapi beramah mesra je. Hehehe..Shima my ex-hisbah president pun dtg, bertanya khabar. Thankslah bagi air tadi.

Anyway, Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar saya. Tapi sebelum tu, selamat menghadapi peperiksaan. Semoga berjaya dengan cemerlang. Bagi pelajar-pelajar Math 2 saya, good luck, ingat semua yg saya ajar, jgn create formula baru ya, hehehe...Kalau nak consultation, insya'allah saya free esok pukul 2.30-4.30pm.

Rindu betul kat laptpop saya ni. Camnelah boleh tertinggal kat rumah hari ni. Itulah salah satu lagi faktor yang saya rasa panjang sangat hari ni , sebab tak boleh akses internet kat ofis tadi. Carrymark pun tak dapat nak siapkan.

Semoga esok lebih baik dari hari ni dan tak tertinggal laptop lagi..

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu

Sajak ni saya dapat dari sahabat saya kak Norma. Terima kasihlah. Sebenarnya, sehari sebelum dpt e-mal ni memang teringat kan dia. Tapi terlupa pulak nak call. Apa-apapun thanks a lot to her. Sebab ingat kat saya lagi.
Saya dedikasikan sajak ni kepada semua ibu dan supermummy esp Ayu, Aisyah, Ina, dah semua lah ibu2 yg membaca post ni(hehehe.. macamlah ramai yg baca...)
Selamat Hari Ibu ...
Semoga kita akan menjadi ibu yg lebih baik dr semalam.

Kuih Kalakatar

Salam to all,

As I pomised in the last post, I want to introduce a very unique dishes tha is called "kuih kalakatar". I also have tasted it for the first time on Last Saturday. It is very delicious.

Sebenarnya kuih ni adalah kuih berasal dari masyarakat Banjar. Itu adalah keturunan saya kalau nak tau. Hehehe..ramai yang malu nak mengaku org Banjar. Tak taulah kenapa. Tapi saya bangga jadi anak Banjar cuma tak pandai sangat bertutur dalam bahasa Banjar. Kalau bersurah(bercakap) Banjar pakcik saya akan kata Banjar rakai. Maksudnya bahasa Banjar saya memang rosak habis. Tapi saya faham kalau orang cakap.

Kuih kalatar ni bila saya surf Google rupanya ada org dah bagi resepi kat sana. Boleh lah google sendiri yek. Kuih kalatar maksudnya kuih bingka kelapa muda. Di buat dari air kelapa muda n tepung gandum+tepung beras n santan. Kalau nak sedap bakar guna bara. Tapi hari tu sebab nak cepat, makcik saya cuma kukus je. Sebab semuanya nak balik KL cepat. Tapi rasanya masih sedap.

Tengoklah gambar kat bawah ni. Sebab nak cepat, kuih panas lagi dah potong, sebab tu jadi tak cantik camtu. Tapi yg penting rasanya sodap...


Ni lah dia kuih kalakatar yg dah dipotong.

Inilah gambar makcik tersayang yang tengah membuat kuih kalakatar. Selepas mak meninggal beliaulah tempat saya mengadu..

TV3 pun pernah siarkan cerita pasal kuih ni kat dalam Majalah 3 satu masa dulu. Kalau tak salah dr Bagan Serai. Kuih ni famous masa bulan Ramadan.

Camne nak cuba tak? Kalau nak cuba boleh lah buat rombongan g kampung saya. Suruh makcik saya masak. Hehehe...

Ok. Bye..Jumpa lagi.

Tuesday, May 5, 2009

Balik Kampung

Ini cerita weekend lps. Lambat posting sebab baru dpt gambar semalam. (Maklumlah takde kamera, terpaksalah guna kamera adik tuk ambik gambar. Then tunggu dia email gambar tu) Hari Jumaat lps saya sekeluarga balik ke kampung arwah emak di Parit 7, Sg Besar. Saya memang suka sgt balik kampung ni, sbb kawasan sawah padi. Cantik sgt. Bila tengok saujana mata memandang. Memang boleh release tention. Tengoklah gambar2 kat bawah.




Cantik kan...
Kat kampung atuk ngan nenek pun dah takde. Tinggal mak saudara n bapak saudara je. Hari Sabtu tu ada kenduri tahlil utk arwah atuk, nenek and arwah mak. Hari Sabtu tu majlis berjalan pantas, kul 12.30pm je dah settle semua. Kami sebenarnya nak balik lepas kenduri tu dlm kul 2pm. Tapi makcik cakap nak buah kuih kalakatar. Eh, kuih ape tu...Tak pernah makan pun? Ok. Kalau nak tau tunggulah posting seterusnya. Byeee...

Friday, May 1, 2009

my last minute task

Hi everybody,



Afdlin n Vanadi hari-hari beraksi
Iklankan tanggungjawab rakyat Malaysia
Agar tidak kena denda nanti
Bayarlah cukai pendapatan anda



30 April hari terakhir
berpusu-pusulah org ke LHDN
Aku juga orang yg akhir
membayar cukai tepat kul 10 malam





Terimakasih pada P1W1 Max
Broadband terpantas Malaysia
Kerana servicemu ku dapat juga
Membayar cukai on time
walaupun last minute...

tahun depan jangan buat lagi
laksanakan tanggungjawabmu dgn segera
last minute, last minute dah tak main
Itulah azamku tahun depan...

tata titi tutu...