Saturday, May 16, 2009

Happy Teacher's Day

Hari ini 16 Mei adalah hari guru. Semalam bila ada kawan terima message dari pelajarnya mengucapkan selamat hari guru, sayapun tertanya2 manalah anak murid saya ni, tak kan sorang pun tak ingat. Tapi semalam belum hari guru lagi mungkin diorang tunggu 16 Mei kut, pujuk hati saya. Dan saya cuba ingatkan diri, saya mengajar ikhlas, bukan untuk mendapat balasan atau sanjungan.

Tapi biasalah hati, selalu je gundah gulana. Pagi ni bila bangun tengok handphone masih tiada sebarang sms. Sehinggalah pada pukul 11:09 pagi, satu message masuk dan membuatkan saya ketawa...Hahaha.. Message tersebut dari Aishah, kawan sepejabat saya. Terima kasih Aishah. Kalau nak tau macam ni messagenya:
Ingatkan demam campak,
rupanya jerawat batu,
mengajar bagai nak rak,
anak murid buat tak tahu,
rasa macam nak sepak,
takut pulak kena serbu,
mai sini habaq,
sabaq la,
kita ni kan cikgu!!!
Selamat Hari Guru...
Dan selepas itu diikuti beberapa lagi sms dari anak-anak muridku: Hazwan, Shilazatul n Zatul. Terimakasihlah sebab ingat kat madam lagi. Hehehe...

Dan disini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di luar sana, dari cikgu tadika hinggalah ke pensyarah universiti. Semuanya adalah guru. Tidak lupa kepada semua cikgu-cikgu saya: Cikgu Maznah, cikgu tadika saya, yang mula-mula mengajar saya membaca dan mengira. Cikgu sekolah rendah saya: Cikgu Enson, Cikgu Singgam, Cikgu Roslaini, Cikgu Hayati, Cikgu Hanifah dan Cikgu Normazidah. Cikgu sekolah menengah saya: Cikgu Rahmah, Cikgu Shahrul Bariah, Cikgu Saniah, Cikgu Asma, Cikgu Normawati, Cikgu Haliza dan Cikgu Norsaidah. Cikgu Normawati terima kasih bayarkan duit tuisyen saya, saya tak kan lupa sampai bila-bila. Kat manalah cikgu sekarang...

Dan kepada rakan-rakan seperjuangan: Aishah, Ayu, Zariyah, Fuhainah, Fatahiyah, Ismaini, Salmi, Haliza, Norsaadah dan lain-lain. Jangan kecik hati ya, kalau tak tertaip nama. Hehehe.. ramai sangat. Selamat Hari Guru...

2 comments:

NANAsanusi said...

selamat hari guru!!!!!!!!!!!!! :-)

aini said...

Time kasih...