Thursday, May 21, 2009

Minggu yang agak sibuk

Diam tak diam, dah hampir seminggu tak update blog. Hehehe...alasan:minggu yang agak sibuk.


Hari Isnin siapkan marking paper n key in markah. Pergi pejabat pos, nak bayar bil tapi buang masa je sebab system down.


Hari Selasa:
  • import data ke database department
  • lagi sekali pergi pejabat pos, nak bayar bil letrik yg tertunggak, takut kena potong. nasib baik system dah ok. Hari ni dapat notis pemotongan dari TNB, tapi boleh ignore je sebab dah bayar.
  • Cari bahan utk research master sebab Rabu nak jumpa supervisor. Plan nak baca kat umah waktu malam. Malangnya lepas tidurkan Rusydi, mamanya pun tertidur jugak.

Hari Rabu lagi kalut.
  • Meeting fellow kul 9.30am. Biasanya dtg ofis dlm kul 10am. Sebab ada meeting, so keluarlah kul 8.30am. Jalan agak jem. Terasa agak lambat, kelam-kabutlah bawak kereta. Bila sampai tol bagi je duit terus tekan minyak, tetiba terdengar macam ada orang panggil. Berhentilah kereta... Pekerja tol tu pun datanglah. Ingat ada apa. Rupanya saya bayar tak cukup lagi 10 sen. ohh malunya. Sorrylah tak sengaja, tak perasan cik kak, nak cepat.
  • Walaupun bawak kereta agak laju, sampai kat ofis kul 9.35am. Lepas hantar anak kat nurseri akhirnya masuklah ke dalam bilik meeting lebih kurang kul 9.45am. Lewat 15 minit.
  • Lepas makan-makan lebih kurang kul 1, sayapun start lah kereta dan bukaklah tingkap dan tiba-tiba dengar bunyi yg pelik dr kereta. Bila parking rupanya bunyi pelik tadi datangnya dari tingkap kereta yang dah turun sepenuhnya. Saya cuba tutup tapi tak boleh. Sudah...Nak buat camne ni. Saya cuba lagi tak boleh tutup jugak. Akhirnya saya masuk gear dan mula memandu ke hadapan sambil cuba menutup tingkap. Alhamdulillah berjaya. Hai, nasib baik dia elok sendiri, kalau tak terpaksalah cari workshop dan cancel appoinment ngan lecturer...
  • Balik kebilik dah pukul 1.30, sembahyang Zohor dan akhirnya kul 1.50pm, drive ke UiTM Shah Alam.
  • Sampai Shah Alam tepat kul 2.30pm. Punctual this time. Hehehe...Ketuk bilik lecturer tapi takde org. Mana pulak Pn Yani ni, tak kan dia lupa kut. Saya pun carik handphone, tak jumpa. Aduh, tertinggal lah kut. Apalah kalutnya hari ni. Nasib baik jumpa 2 lecturer lain lalu. Dengan muka sedihnya, tanyalah kat mana Pn Yani, diorang pun tak tau. Dan diorang tlg callkan my superevisor. Thanks godness. Rupanya my sweet supervisor tu ada kat bilik kawan dia.
  • Kami pun berbincanglah pasal research. Prepare kan abstract sebab nak attend seminar pada awal Dis nanti. Doakanlah ya, semoga semuanya berjalan lancar. Disscussion habis kul 5. Drive balik ke PJ. Tiba-tiba dengar bunyi handphone dr beg. Ohh, rupanya ada tersorok dlm beg. Huhuhu...

Hari Khamis:

  • Meeting curriculum review dgn seorang Dr dr Kuantan. Peliklah Dr ni, pakai topi dlm meeting. Sangat selamba. Kelakar dia macam tak leh terima. Cthnya: kami bincang pasal real number systems. Bila dia tengok silibus yg kami prepare, dia kata terlalu dry. Semua properties tu dia kata tak perlu ajar, tak payah tau nama2 tu, sebab dia pun lupa. Student pun akan lupa, yg penting diorang tau nak guna. "Saya pun kadang-kadang terlupa nama isteri saya", katanya. kelakar ke? Tak kelakar pun kan?
  • habis meeting kul 2, siapkan analis mid sem math2 sem 3 dan komen utk final.
  • My coordinator ym me to give comment on final exam for last sem also. Alamak. rasanya macam dah buat. Rupanya belum. Lama sgt. Mcm lupa lak nak komen apa.

Malam nya barulah mula menaip utk posting ni. Ntah apa-apa tah. Hehehe..Itupun siap separuh jalan je, my son Rusydi dah kacau.

Hari ni Jumaat, saya amik cuti. Lari kejap dr kesibukan di ofis. Hehehe, tapi takleh lari dari kesibukan di rumah n kenakalan Rusydi. Hehehe. Pagi hantar bapa mentua amik pencen dia dan sekarang mengadap komputer nak cari bahan utk research. Sambil2 tu curi masa siapkan posting ni. Akhirnya inilah hasilnya...

No comments: