Saturday, September 5, 2009

Lepat Pisang Berinti...

Hari ni tak tau nak masak apa untuk berbuka. Belek-belek majalah Rasa masih takde yang berkenan. Tiba-tiba teringat kuih lepat pisang berinti...

Kuih ni memang kuih favorite masa saya kecik. Saya akan beli dari Makcik Rahmah yang duduk kat belakang rumah. Sampai sekarang tak jumpa lagi yang sesedap kuih lepat Makcik Rahmah.

Saya pun google kat internet cari resepi kuih lepat pisang berinti. Jumpalah kat internet resepi ni. Tengok gambar, nampak sedap kan.


credit to: http://nabialish779.fotopages.com/?entry=929395

LEPAT PISANG BERINTI Bahan untuk inti: 1 cawan kelapa parut putih 1/2 cawan gula merah/gula melaka 1/2 cawan air 1 helai daun pandan [simpulkan]

Cara: -Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali(kalau bleh non-stick pan)1. -Masak campuran bahan tersebut hingga masak atas api yg sederhana-agak2 likat. -Sentiasa dikacau supaya campuran tidak hangit. -Setelah masak ketepikan sementara sediakan lepatnya.

Bahan Lepat 2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek. ,1 cawan tepung gandum 2 s/b santan pekat 2 s/b gula 1 s/b tepung jagung. garam daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara 1. Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk adunan dan gaulkan semua bahan supaya sebati. 2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang-Seterusnya letakkan dlm sesudu inti kelapa td .Tutup kembali dgn sesudu lg adunan pisang-agak2 laa ye..Lipatkan. 3. Kukuskan selama 15-20 minit. 4. Sejukkan dan hidangkan.

Jap lagi nak pergi pasar malam. Nak cari pisang dan daun pisang. Wasallam.

3 comments:

NANAsanusi said...

keluarga kami panggil lepat=lemet..

aini said...

oh tak pernah dgrlah pulak. Orang melaka memang panggil lemet ke?

Shizma Hariz said...

Salam,
Resepi lepat pisang awak memang sangat best ! Ternyata bila sy mencuba resepi awak ,..ini adalah yg terbaik ! dah banyak resepi lepat pisang ni sy google dan mencuba.

Terima Kasih ya !